Secara rasminya, pemain akan dapat menikmati Call of Duty: Modern Warfare III – entri terbaru dalam francais Call of Duty – pada hari ini. Merupakan remake kepada game original yang dikeluarkan pada 2011, adakah ia dapat memenuhi jangkaan peminat, memandangkan siri ini disambut dengan sangat positif ketika pertama kali dikeluarkan?
Di sini, kami berpeluang mencuba kempen Call of Duty: Modern Warfare III, jadi berikut adalah review lengkap kami (berserta spoiler) di bawah.
Harap maklum, kami bermain game ini melalui PC Steam dan memakai settings Graphic Ultra untuk grafik. Review ini hanya untuk Campaign mode sahaja yang berdurasi sekitar 4 jam kerana Early Access tidak mengizinkan kita bermain multiplayer.
Naratif & Misi (Amaran, SPOILER)

Keseluruhan game ini sangat pendek, di mana saya dapat menyelesaikannya dalam masa 6 jam. Tetapi pemain lain boleh menghabiskannya dalam masa 4 jam kerana saya bermain dengan perlahan.
Kisah game ini adalah kesinambungan kepada entri sebelum, Call of Duty: Modern Warfare II. Dalam penghujung itu, penjahat baru Vladimir Makarov telah munculkan diri, dan misi pertama dalam game adalah untuk pergi ke penjara untuk menyelamatkan Makarov. Selepas diselamatkan, Makarov mengumpulkan semula tenteranya dan cuba memulakan Perang Dunia 3.

Dalam misi kedua, kami pergi ke Urzikstan dan menukar watak lain, Farah Karim, yang juga muncul dalam Call of Duty: Modern Warfare 2019 (pertama) dan Call of Duty: Modern Warfare II. Di Urzikstan, dia diserang oleh tentera Makarov. Dalam cerita tu, Farah lebih berfokuskan pada stealth (tapi dalam gameplay, anda boleh pergi menyerang sesuka hati). Farah berjaya meletakkan pengesan GPS dalam misil untuk dihantar ke Makarov (yang digunakan untuk memulakan WW3).
Pada masa yang sama, Task Force 141 (geng orang baik) mendapat tahu bahawa Makarov mempunyai pangkalan lain untuk membuat senjata kimia untuk digunakan bersama misil untuk memusnahkan sebuah kawasan militari. Captain Price hampir mati semasa memusnahkan senjata kimia itu, dan di sini anda masih dapat merasakan betapa bahayanya tugas mereka dan betapa kuatnya perpaduan Task Force 141 (yang malangnya dihancurkan oleh gameplay).

Selepas itu, Price dan Farah menyelinap masuk ke stesen pelancaran misil dan cuba menghalangnya, dan akhirnya, mereka berjaya menghentikan satu misil tetapi mendapati dua lagi misil telah dilancarkan dan menghala ke pangkalan Arklov. Pada masa yang sama (misi seterusnya), Laswell masuk ke pangkalan Arklov dan mendapati Yuri sedang menyiasat tentang senjata kimia, tetapi Price terlambat memberitahu Laswell tentang misil yang sedang dalam perjalanan ke pangkalan itu. Nasib baiklah, Laswell berjaya melarikan diri.
Maju ke misi seterusnya, misi No Russian yang sangat-sangat berkontroversi. Apabila Makarov tiba di lapangan terbang, ia telah diubah ke serangan bunuh diri oleh askar-askar Sarah, yang ingin membalas dendam terhadap Urzikstan. Saya agak kecewa kerana misi ikonik ini ditukar menjadi cutscene selama 7 minit dengan sedikit gameplay.

Asanya, keseluruhan cerita mengisahkan tentang usaha Makarov untuk memulakan Perang Dunia 3 manakala Task Force 141 cuba untuk menghentikan Makarov dan menangkapnya. Ia seperti permainan kejar mengejar, tetapi oleh pelbagai bukan: bukan sahaja Task Force 141 tetapi juga Shadow Company yang diasaskan oleh Graves tetapi berada di bawah pimpian General Shepherd dan Urzikstan Liberation Force pimpian Farah.
Spoiler: Farah dan Task Force 141 cuba menghalang Makarov, tetapi malangnya General Shepherd diculik oleh orang jahat tersebut. Mereka berjaya menyelamatkannya, dan ingin menggunakan pesawat Shadow Company untuk memusnahkan pangkalan Makarov. Mereka anggap Makarov berada di pangkalan itu, tetapi tidak dapat mengesahkan jika dia sudah mati atau tidak.

Task Force 141 mendapati tentera Makarov mengupah seorang penggodam dan menanam bom kimia di bawah stesen kereta api di London. Jadi misi terakhir adalah untuk pergi ke stesen kereta api itu dan mematikan bom. Tiba-tiba Makarov munculkan diri, menghalang kami, dan berjaya membunuh Soap (ini semua hanya cutscene).
Namun, kita tidak sempat menghentikan Makarov yang melarikan diri (petanda game keempat). Akhirnya kita berjaya mematikan bom, tetapi dengan pergorbanan Soap. Captain Price marah atas kesilapan General Shepherd yang menyebabkan semua ini berlaku dan membuat keputusan untuk membunuhnya di end credit scene.

Saya boleh katakan bahawa jalan ceritanya sangat hambar dan pendek. Naratif bermula dengan baik di mana Makarov melarikan diri dan menyebabkan huru-hara di seluruh dunia. Pada masa yang sama, menceritakan tentang latar belakang Task Force 141 yang mencuba menangkap Makarov selama bertahun-tahun memberi penjelaskan yang baik dan bagus untuk membina naratif serta betapa bahayanya Makarov.
Semuanya bermula dengan bagus di mana watak dapat berkembang dengan baik, tetapi selepas misi No Russian, keseluruhan naratif menjadi gopoh-gapah seolah-olah seperti Activition mahu menamatkan kempen dengan cepat dan tergesa-gesa. Ia terasa seperti mereka ingin memampatkan jalan cerita, sehingga membuatkannya jadi lebih membosankan.

Seperti dalam spoiler tadi, saya kata Soap mati. Saya tidak sempat berasa sedih kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebarang amaran. Ada kalanya ia berfungsi, tetapi untuk konteks Call of Duty, saya anggap ini sebagai pengorbanan yang sia-sia sebab saya tidak mempunyai ikatan emosi untuk Soap.
Gameplay

Mengenai gameplay, ia ada dua jenis misi: satu adalah seperti yang original di mana pemain mengikut arahan dan menyelesaikan objektif. Saya suka gameplay seperti ini kerana saya tahu objektif dan melihat bagaimana watak-watak bekerjasama untuk mengalahkan musuh.
Satu lagi ialah open combat mission, yang boleh disamakan dengan Warzone DMZ. Sebelum misi bermula atau semasa misi, anda boleh customize loadout, seperti senapang, bom dan item istimewa. Anda ditempatkan dalam dunia yang luas terbuka, dan boleh menggunakan apa-apa cara yang anda mahu untuk menyelesaikan misi.

Ia mempunyai banyak supply box untuk membolehkan anda menyiapkan diri sendiri, sama ada senjata sulit atau senapang heavy-duty. Selain itu, anda boleh mencari kotak khas lain yang memberi beberapa barang istimewa, seperti airstrike atau misil, turet atau pengimbas degupan jantung. Di samping itu, kenderaan juga wujud di dalam peta, jadi anda boleh memandu kereta sambil melanggar musuh, atau memandu ke objektif.
Pada mulanya, saya masih menggunakan cara senyap (mengendap) untuk menyelesaikan misi, tetapi saya mendapati ia semakin sukar untuk membunuh secara senyap lama-kelamaan. Jadi untuk baki keseluruhan permainan, saya hanya mencari senjata kuat, dan menembak setiap tempat. Sebagai tambah, peta adalah sama dengan peta Warzone DMZ. Mereka hanya copy paste, menambah beberapa NPC musuh, memberi objektif.

Selain game mode, aspek lain seperti UI permainan dan maklum balas daripada gunplay dan pengalaman pertempuran masih cukup bagus. UI permainan nampak “clean” dan mudah difahami, dan menambahkan lebih banyak senjata khas seperti misil atau dron. Pengalaman gunplay pun terasa normal biasa. Tiada perubahan ketara atau bombastik tetapi masih cukup seronok untuk dimainkan.
Selain daripada mod permainan, semuanya adalah sama—tiada apa yang membuatkan saya terkejut—ia terasa seperti game COD tipikal.

Aliran gameplay pun biasa sahaja (selain open combat mission), di mana ia terasa begitu senyap tanpa peperangan. Kebanyakan kali, misi adalah untuk menyelinap ke suatu tempat dan menyelesaikan objektif. Hanya beberapa misi yang mempunyai adegan pertempuran besar (seperti mengebom tempat yang besar) dan sejumlah musuh saling berlawan antara satu sama lain. Jika berlawan di peta lebih besar pun, ia masih rasa membosankan dan hanya salinan kepada Warzone DMZ.
Grafik

Grafik adalah satu-satunya bahagian yang boleh saya puji; dengan cutscene dan model persekitaran yang bagus. Dalam misi pertama, game menunjukkan penjara pada waktu hujan lebat dengn persekitaran gelap – yang sangat sesuai dengan misi. Ini pun petanda bahawa kami akan pergi ke tempat yang berbahaya. Selepas itu, kami mempunyai persekitaran salji, bawah air, gunung dan pantai dalam misi; grafiknya memang memukau mata. Dalam cutscene, model wajah menunjukkan ekspresi watak dengan lebih baik dan emosi.

Butiran dalam game amat bagus; di mana kesan hujan dan pantulan air membuatkannya sangat terperinci. Terutamanya dalam pemandangan bawah air, kesan air sangat realistik, malah anda boleh melihat dengan jelas gelembung udara. Kadangkala persekitaran akan mempunyai beberapa kesan khas, seperti di peta salji, ia akan mempunyai ribut salji, dan itu pun ditunjukkan dengan sangat baik. Walau bagaimanapun, saya kadangkala boleh rasa sedikit lag kerana kesan khas.

Saya boleh mengatakan grafik permainan adalah satu-satunya hal yang boleh dipuji setakat ini dalam game. Untuk grafik game, saya sanggup memberikannya markah tinggi, kerana ia satu-satunya sebab yang membuatkan saya masih bermain. Tetapi disebabkan tempoh game yang pendek, kami tidak dapat melihat lebih banyak cutscene atau meneroka lebih banyak peta untuk menunjukkan betapa baiknya grafik tersebut.
Pendapat

Walaupun ia sebaik dengan game sebelum, seperti Call of Duty Modern Warfare 2019, anda boleh menantikan mode multiplayer dan zombid; walau bagaimanapun, mode campaign tidak memenuhi jangkaan. Saya lebih gemar pada Call of Duty Modern Warfare sebelum, seperti yang 2019 atau yang lama.
Untuk mana-mana Call of Duty: Modern Warfare, pemain sentiasa mempunyai jangkaan yang tinggi. Malangnya, mode campaign dalam Call of Duty: Modern Warfare III baru tidak dapat memenuhi jangkaan saya. Semuanya terasa seperti normal; walaupun open combat mission menerima banyak hype, ia tidak memberi perbezaan gameplay yang besar sedangkan majoriti game memberi pilihan kepada pemain untuk sama ada stealth atau berperang habis-habisan.
Bukan itu sahaja, jalan ceritanya pun pendek dan membosankan serta diburukkan dengan peta yang terasa seperti copy paste daripada Warzone.

Bagi pemain yang mengharapkan pengalaman hebat dalam mode kempen, sila jangan beli game itu. Jika tidak, anda boleh menantikan mode multiplayer, mode zombie atau Warzone DMZ, tetapi bukan mode kempen, kerana kempen boleh disamakan sebagai DLC dan ganjaran setiap gameplay adalah berkaitan kepada game multiplayer.
Secara keseluruham, kempen ini boleh dianggap sebagai warm-up kepada multiplayer dan juga merupakan pilihan yang baik untuk beginner untuk mendapat pengalaman awal Call of Duty.
Call of Duty: Modern Warfare III akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Battle.net pada 10 November ini.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
The Review
Call of Duty: Modern Warfare III
PROS
- Cutscenes berbentuk sinematik dan berkualiti tinggi
- Penampilan grafik, animasi dan kesan khas yang cukup hebat
CONS
- Gameplay Campaign yang sangat pendek
- Open Combat tidak memenuhi jangkaan dan agak membosankan
- Majoriti map kempen nampak copy paste daripada Warzone
Discussion about this post