Memang tidak dinafikan bahawa ramai orang rindu bermain Left 4 Dead. Malangnya Valve tidak memberi sebarang sekuel kepada siri tersebut dan mengambil keputusan untuk menghentikan produksi. Sebagai penggantinya, Back 4 Blood muncul dan sepatutnya akan memberi keseronokan yang sama, beserta dengan pelbagai penambahbaikan moden. Secara amnya, Back 4 Blood menawarkan gameplay yang hampir serupa seperti Left 4 Dead dengan elemen zombie dan mod multiplayer sebagai basis utama. Tetapi adakah game ini dapat memenuhi keinginan peminat lama dan menarik minat pemain baru? Mari lihat review kami untuk Back 4 Blood!
Gameplay Multiplayer adalah agenda utama

Buat masa penulisan review ini, Black 4 Blood mempunyai mod gameplay Campaign dan Swarm. Walaupun Campaign ialah mod di mana anda boleh menikmati jalan cerita, anda masih harus bekerjasama dengan pemain lain. Walaupun ia boleh digantikan dengan bot AI, saya mengesyorkan bermain dengan pemain sebenar supaya setiap level dapat diselesaikan dengan mudah. Manakala mod Swarm memfokuskan pada aspek PvP.

Salah satu mekanik gameplay yang saya suka dalam game ini berbanding pendahulunya ialah aspek “aiming.” Bagi mereka yang kurang faham, Aim Down Sight atau ADS, adalah cara menembak dengan menggunakan “attachment” yang dipasang pada senjata. Ciri ini telah menjadi satu kewajipan dalam permainan shooter moden dan mujurlah Back 4 Blood memilikinya.
Cleaner – Watak

Back 4 Blood menampilkan 8 watak yang dipanggil Cleaner. Watak-watak inilah yang akan anda gunakan untuk membunuh zombie. Tidak kesemua Cleaner tersedia di mana anda hanya mencuba 4 pada permulaan permainan. Selebihnya anda boleh dapatkan apabila misi Campaign selesai.
Setiap Cleaner mempunyai kelebihan tersendiri seperti Evangelo yang mempunyai “Stamina Regen sebanyak 25%”, dan memegang parang sebagai senjata utamanya. Sebaliknya, watak seperti Walker mempunyai damage tambahan sebanyak 10% lebih kuat dan mempunyai pistol sebagai senjata. Terdapat juga efek khas seperti watak Mom yang memberikan 1 Life tambahan kepada setiap ahli pasukan.
Special Ridden – Zombie
Bukan Cleaner sahaja, zombie juga mempunyai keunikan tersendiri, dan diberi nama Special Ridden. Terdapat sekurang-kurangnya 3 Special Ridden yang boleh dimainkan. Sebenarnya ada banyak jenis zombie lain, tetapi tiga zombie ini boleh dimainkan dan malangnya hanya terdapat dalam mod Versus aka PvP.

Tallboy – Zombie ini boleh dikatakan seimbang dari segi damage dan kelajuan. Skil utamanya ialah “menghentak” orang dengan tangan besarnya dan menangani damage AoE yang besar serta boleh melantunkan orang di sekelilingnya. Terdapat varian Bruiser yang mempunyai kelajuan luar biasa apabila memukul musuh. Sebaliknya, terdapat juga varian Crusher yang boleh “mengutip” pihak lawan dengan tangan dan menghasilkan damage yang tinggi secara perlahan.
Stinger – Zombie ini mempunyai kelebihan dari segi tahap mobiliti yang tinggi, dan boleh melompat ke sana sini dengan mudah. Walau bagaimanapun, ia adalah yang paling lemah berbanding yang lain dan hanya akan melemparkan racun. Terdapat juga varian Stalker yang boleh menangkap Cleaner. Terdapat juga varian Hocker yang tidak terlalu berbeza daripada Stinger biasa.
Reeker – Zombie yang paling sukar untuk digunakan. Dalam erti kata sukar, ia susah untuk bergerak kerana badannya yang besar. Sebaliknya, zombie ini menghasilkan damage yang paling banyak. Keupayaannya membolehkan Reeker meletupkan dirinya dan melantunkan orang ramai serta memanggil zombie biasa untuk datang. Varian Exploder boleh meletup diri sendiri (lalu mati) dengan output damage yang tinggi manakala varian Retch boleh menyebarkan racun.
Pelbagai jenis senjata untuk pakai & customize

Terdapat banyak senjata dalam game ini, daripada pistol, shotgun, kepada assault rifle dan sniper, malah anda boleh mencari senjata seperti turet apabila meneroka. Terdapat juga skin senjata sebagai kosmetik, tetapi anda sebenarnya boleh melakukan lebih banyak lagi semasa berada dalam permainan.
Apabila mula memasuki permainan, anda boleh mengubah suai senjata dan memberi upgrade seperti menggunakan attachment termasuk scope, magazine tambahan atau barrel. Jangan terkejut, anda siap boleh menggunakan scope sniper untuk shotgun di dalam game. Tetapi berhati-hati apabila menggunakan attachment pada senjata kerana anda tidak boleh membuangnya selepas itu dan satu-satunya pilihan adalah untuk menggantikannya dengan yang baru.
Deck – Strategi taktikal untuk teruskan survive

Pemain bukan sahaja mempunyai watak seperti Cleaner atau Ridden tetapi juga perlu memahami cara menguruskan peralatan yang digunakan. Back 4 Blood mempunyai sistem perk atau nama rasminya iaitu Deck dalam game ini. Pemain akan menyusun Deck terlebih dahulu sebelum memulakan kempen agar ia sesuai untuk pertarungan.
Setiap Deck akan mengandungi sejenis kad, di mana setiap kad mempunyai kekuatan atau kemahiran yang akan menambah kebolehan pemain. Contohnya, terdapat kad yang akan menambah Movement Speed, Reload atau Heal. Terdapat juga kad yang akan menambah kemahiran seperti Life Steal dan lain-lain. Pada dasarnya, anda juga perlu bijak menguruskan dek untuk memenangi pertempuran.
Pemain boleh menggunakan sekurang-kurangnya 15 kad dalam satu deck. Apabila mula bermain, memang tidak banyak untuk dipilih dan anda perlu mendapatkannya melalui mod Kempen, Swarm, atau membelinya menggunakan mata wang dalam permainan. Bagi saya, ia agak mudah untuk mendapatkan mata wang di sini bagi membeli barang seperti kad tambahan, avatar, banner dan sebagainya.
Campaign – Mod jalan cerita

Untuk mod Campaign, pemain akan menghadapi jalan cerita seperti biasa. Walaupun dalam mod jalan cerita, anda masih akan bermain dengan empat orang dalam satu parti. Jika tiada sesiapa, maka slot kosong akan terisi secara automatik dengan Bot AI. Tiada apa yang istimewa dalam mod ini kerana anda hanya akan bermain dari satu kempen ke kempen yang lain. Berbeza dengan versi beta, versi penuh ini sudah ada beberapa cutscene untuk melengkapkan jalan cerita.
Namun, ada satu perkara yang saya rasa agak menyeronokkan di mana terdapat satu ciri iaitu Corruption Card yang boleh dipilih di setiap level. Terdapat pelbagai perkara yang boleh anda pilih, contohnya melengkapkan level dalam situasi tertentu akan memberi lebih banyak wang untuk membeli item, beberapa mutasi pelik yang tidak pernah kita nampak sebelum ini akan muncul untuk Special Ridden, dan lain-lain.

Sudah tentu, anda perlu memilih kad dari dek yang anda buat, tetapi pilih dengan bijak. Saya melakukan sesuatu yang bodoh, dan memilih kad yang membuang ciri sprint sedangkan saya beradai di tahap yang memerlukan saya berlari ke tempat tertentu dalam masa yang terhad. Jadi, tidak semua kad akan memihak kepada anda.
Swarm – Mod PvP

Para pemain akan membentuk sebuah parti atau pasukan seramai empat orang. Setiap pasukan akan memainkan peranan sebagai Ridden atau menjadi Cleaner yang cuba bertahan hidup. Pemain akan bersaing antara satu sama lain untuk menjadi pasukan terakhir yang bertahan hidup.
Bagi saya, mod Versus cukup adil dan kompetitif. Cleaner atau manusia akan bersiap sedia terlebih dahulu sambil diberi masa terhad untuk looting barang di sekitar kawasan. Tidak lama selepas itu, perlawanan akan bermula dalam beberapa wave, di mana setiap kawasan akan mengecutsecara berkala. Manakala Ridden boleh hidup semula selepas mati dan boleh menentukan di mana untuk respawn tetapi terhad kerana mereka tidak boleh muncul berhampiran Cleaners supaya seimbang.
Visual yang suram tetapi berestetika

Saya suka cara game ini mempersembahkan visualnya. Reka bentuk persekitaran memang sesuai dengan konsep yang mereka tawarkan iaitu zombie dan persekitaran yang gelap. Saya juga suka cara mereka mereka menghasilkan Special Ridden, di mana setiap reka bentuk adalah unik, walaupun sesetengah daripadanya adalah daripada jenis yang sama. Terutamanya bagi jenis muncul di penghujung Act 1 -memang bergaya, tetapi menakutkan pada masa yang sama.
Disebabkan game ini agak kucar-kacir dan memerlukan fokus yang tinggi ketika menembak musuh, saya menghargai bagaimana pihak developer membuat tiga crosshair berbeza ketika menembak sesuatu. Yang pertama adalah putih yang bermaksud anda telah berjaya menembak/memukul pihak lawan, kedua adalah kuning yang bermaksud anda telah menembak titik lemah musuh , dan ketiga adalah merah yang bermaksud anda telah membunuh lawan anda.

Untuk kualiti grafik, saya tidak ada apa-apa untuk mengadu. Back 4 Blood menawarkan grafik hampir-realistik dengan gabungan elemen berwarna-warni dan sedikit kartun. Kita juga boleh lihat apabila ada darah keluar dari badan zombi tersebut untuk efek seram gory. Sementara itu, reka bentuk UI tidak terlalu rumit dan mudah dipelajari. Untuk mengakses pelbagai menu, anda harus pergi ke pangkalan, dan akan ada NPC berbeza untuk menguruskan senjata, deck, mod permainan, training, dan lain-lain lagi.
Pendapat

Tanggapan kami tidak banyak berubah sejak mencuba versi beta tertutup pada beberapa bulan lepas. Secara keseluruhan, Back 4 Blood adalah game yang cukup menyeronokkan untuk dimainkan, terutamanya jika anda mempunyai rakan untuk teman. Seterusnya, terdapat juga mod Swarm untuk PvP jika anda ingin lebih berdaya saing semasa bermain.
Sebaliknya, kami merasakan game ini masih agak sukar untuk dikalahkan dan sememangnya isu ini turut dialami oleh kebanyakan pemain. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan sejak beta tertutup, game ini masih belum “seimbang”. Masalahnya bukan pada zombie atau Special Ridden, tetapi barang seperti Aid untuk memulihkan HP sangat susah untuk ditemui lantas menyebabkan sedikit kesukaran. Bagi pemain yang sukakan cabaran, memang tidak ada masalah tetapi ia sangat menjengkelkan bagi pemain kasual.

Itu sahaja untuk review saya bagi Back 4 Blood yang kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk maklumat mengenai game tersebut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lebih terperinci. Untuk segala liputan kami tentang Back 4 Blood, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
The Review
Back 4 Blood
PROS
- Persembahan gameplay yang baik, dari segi persekitaran, watak dan zombie
- Mekanik pertempuran yang lebih baik dan grafik yang baik/optimum
- Ciri deck dan kard yang membuatkan game lebih kaya dalam content
CONS
- Mekanik gameplay tidak dijelaskan dengan betul, agak sukar untuk faham
Discussion about this post