ASUS sekali lagi memperkenalkan barisan laptop Zenbook baru yang lebih kecil dan padu. Seperti yang kita tahu, ASUS Zenbook sememangnya laptop yang kecil tetapi kali ini Zenbook S 13 OLED didatangkan dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Memandangkan laptop ini kecil, dapatkah ia memberi prestasi yang bagus?

Untuk menjawab persoalan tersebut, mari baca review saya untuk ASUS Zenbook S 13 OLED ini!
Reka bentuk dan I/O Port

ASUS Zenbook S 13 OLED didatangkan dengan reka bentuk yang sangat minimalis dan mempunyai badan bertekstur matte bersama engsel chrome terang. Walaupun laptop ini nampak ringan, ia sebenarnya sangat tahan lasak kerana ia diperbuat daripada aloi magnesium-aluminium dan unit yang saya terima ialah Ponder Blue. Secara keseluruhan, laptop ini kelihatan sangat bergaya dan sesuai untuk kegunaan dalam persekitaran korporat, tempat awam dan di mana-mana sahaja.
Jika ingin dibandingkan dengan laptop yang ada di pasaran sekarang, Zenbook S 13 OLED didatangkan dengan saiz yang lebih kecil pada ukuran 29.67 x 21.05 x 1.49 dan berat hanya 1.10KG sahaja. Jadi anda boleh bawa laptop ini ke mana sahaja tidak kira berkerja, melancong atau kegunaan harian.

Apa yang menariknya tentang Zenbook S 13 OLED adalah ia boleh dibuka sehingga 180o. Malang sekali, anda tidak boleh membukanya dengan menggunakan satu tangan kerana engsel yang disertakan pada laptop ini sangat ketat. Seperti biasa, webcam yang disediakan terletak pada atas skrin dan kualitinya pula adalah 720p HD sahaja. Namun ia dapat menyokong teknologi 3DNR untuk panggilan video yang lebih jelas.
Anda boleh menutup webcam hanya dengan menekan butang F10 yang ada di keyboard. Ini adalah kali pertama saya melihat laptop yang didatangkan dengan ciri-ciri seperti ini. Jadi, anda tidak perlu lagi membeli “privacy shutter” untuk membuka dan menutup webcam.
Beralih ke port I/O, di bahagian kanan terdapat 2x USB port Type-C dan 1x 3.5mm Audio Jack manakala di bahagian kiri pula terdapat 1x port Type-C. Memandangkan charger yang didatangkan pada laptop ini adalah Type-C, anda boleh menggunakan ketiga-tiga port untuk mengecas laptop ini. Untuk mengunakan external keyboard dan mouse, anda terpaksa membeli adapater USB Port Type-A.
Paparan

ASUS Zenbook S 13 OLED dilengkapi dengan paparan OLED yang meiliputi 100% DCI-P3 Colour Gamut dengan Pantone Validation. Tambah pula dengan VESA HDR True Black 500, ia dapat memaparkan warna hitam yang sangat pekat. Dengan ciri-ciri yang didatangkan, ia dapat menghasilkan warna yang lebih cantik dan contrast sekali gus membuatkan anda rasa lebih seronok semasa menggunakannya.
Untuk memaparkan warna yang lebih cantik, ASUS melengkapkan laptop ini dengan resolusi 2.8K (2880 x 1800) dan saiz skrin sebesar 13.3 inci besama sama dengan aspect ratio 16:10. Ciri-ciri lain yang didatangkan pada laptop ini adalah NanoEdge dan bezel ultraslim di mana ia dapat memberikan anda ruang kerja yang lebih luas dan besar.

Apabila saya menghidupkan laptop ini buat kali pertama, saya berasa kagum dan sangat tertarik untuk muncuba pelbagai perkara pada ASUS Zenbook S 13 OLED. Hal ini kerana, paparan skrin yang disediakan sangat menepati citarasa dan mampu memberikan pengalaman yang lebih baik.
Dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, ia sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada anda betapa hebatnya paparan yang telah disediakan oleh ASUS untuk para pengguna mereka. Jadi untuk anda yang bekerja sebagai video editor, content creator ataupun designer, laptop ini sangat sesuai untuk membuat kerja seperti itu. Bukan sahaja khas untuk membuat kerja, laptop ini juga dapat memuaskan mata anda ketika menonton filem, anime dan banyak lagi.
Sebelum saya tertinggal, ASUS menyediakan ciri-ciri “TÜV Rheinland low blue-light” pada paparannya untuk memastikan keselesaan mata semasa sesi tontonan yang panjang. Ini membuatkan laptop ini mempunyai banyak kelebihan pada paparannya.
Keyboard & Touchpad

Bergerak pada keyboard, ia didatangkan dengan saiz penuh namun ia tidak berserta dengan numpad. Keyboard yang disediakan ini mempunyai “backlit light” yang berwarna putih dan tiga tahap pencerahan. Malangnya, anda tidak mempunyai pilihan untuk menukar warna. Berdasarkan pengalaman saya yang menaip dengan menggunakan keyboard ini, saya dapat rasa ia telah dibuat dengan baik. Saya juga dapat menaip dengan cepat dan tepat kerana saiz dan jarak kekuncinya tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Laptop ini juga mempunyai sensor cap jari pada butang kuasa supaya anda boleh log masuk secara automatik hanya dengan satu sentuhan.

Walaupun laptop ini tidak menyediakan numpad, anda tidak perlu risau kerana ASUS telah menyediakan ciri-ciri virtual numpad. Manakala untuk touchpad, ia didatangkan dengan saiz besar dan lebar yang sesuai dengan kegunaan harian. Semasa menggunakan keyboard, tapak tangan saya akan tersentuh pada bahagian touchpad. Namun, ia langsung tidak mengganggu saya ketika melakukan kerja menaip. Jika tidak, suah pasti akan menyusahkan saya.
Pen/Stylus

Asus Zenbook S 13 OLED juga didatangkan dengan stylus ASUS Pen 2.0 yang sedikit besar daripada ballpoint pen. Anda boleh mengecas pen ini dengan menggunakan USB type-C dan ia menawarkan 4096 tahap kepekaan tekanan apabila digunakan pada paparan sentuhan OLED. Saya tidak mempunyai masalah dengan stylus dan prestasinya. Semua tindakan adalah intuitif dan mudah, pen ini juga mempunyai butang untuk membolehkan right-click.
Prestasi & Benchmark

ASUS Zenbook S 13 OLED dikuasakan oleh AMD Ryzen 7 6800U bersama Graphic Card Intergrated AMD Radeon. Laptop ini didatangkan dengan 16GB RAM LPDDR5, namun ia tidak menyediakan slot ekstra untuk anda menambah RAM.
Manakala untuk storan pula, laptop ini tersedia dengan storan terpantas 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD. Dengan storan yang besar dan laju, anda boleh membuka laptop ini dengan pantas, memindahkan fail dan membuat kerja tanpa sebarang masalah.
Spesifikasi yang disediakan oleh ASUS cukup untuk membuat kerja seperti menyunting video, gambar dan melakukan kerja korporat. Untuk bermain game, saya tidak galakkan anda untuk bermain dalam resolusi 2.8K kerana ia membuatkan prestasi dan pengalaman bermain anda sangat buruk. Anda mungkin boleh bermain dengan baik jika menggunakan resolusi yang lebih rendah. Berikut adalah benchmark yang dijalankan:
3DMark: 2228

PC Mark 10: 5478

Pengalaman bermain
Seperti yang saya kata di atas, saya tidak galakkan untuk anda bermain game di laptop ini, tetapi saya tetap mencubanya kerana ia tetap boleh dimainkan walaupun dengan resolusi 2.8K. Game yang saya mainkan semasa menggunakan laptop ini ialah Genshin Impact dan Apex Legends. Disebabkan ASUS Zenbook S 13 OLED tidak mempunyai graphic card dedicated, agak sukar untuk saya mencuba game AAA seperti God of War, The Witch 3 dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua game yang saya mainkan adalah dengan menggunakan tetapan paling rendah dan tinggi pada sesolusi 2.8K (2880 x 1800). Jadi pengalaman saya ketika bermain game pada tetapan tinggi sangat tidak elok. Mungkin anda perlu kurangkan resolusi untuk mendapat pengalaman yang lebih baik. Tanpa membuang masa, inilah hasil yang saya dapat ketika sedang memainkan game di ASUS Zenbook S 13 OLED.
Genshin Impact

Saya cuba bermain dengan setting paling rendah dan mengunci FPS kepada 60 FPS, gameplay game sedikit memuaskan kerana saya mendapat sekurang-kurangnya 28 FPS. Tetapi apabila saya mengubah setting kepada paling tinggi, maksimum FPS yang saya dapat hanyalah 13 FPS. Bukan itu sahaja, game ini juga tidak dapat membaca butang aksi yang saya tekan di mana saya ingin lakukan charged attack ketika menggunakan Ayaka, tetapi watak saya hanya berdiri kaku.
Apex Legends

Untuk Apex Legends pula, saya bermain dengan defaults setting dan hanya mendapat maksimum FPS sekurang-kurangnya 10 -11 FPS. Saya kemudian menukar setting ke tahap paling rendah yang boleh saya ubah dan mendapatkan 20 FPS ketika berada di medan perang. Ia agka mengejutkan saya namun tetap agak sukar buat saya untuk berlari dan menembak musuh.
Hayat Bateri
Bateri yang disediakan pada laptop ini adalah 67WH dan saya rasa ia sudah cukup untuk laptop bersaiz 13.9 inci dan penggunaan di persekitaran korporat. Saya ada cuba menonton filem selama 2 jam semasa bateri 100%, selepas 1 jam baru saya perasan bhawa saya terlupa untuk tutup game Apex Legends dan disebabkan perkara itu, bateri yang tinggal adalah sebanyak 67%. Saya kemudiannya menutup game tersebut dan sambung menonton filem untuk lebih kurang 1 jam lagi dan mendapati bateri yang tinggal adalah sebanyak 50%.
Anda harus tahu bahawa laptop ini menggunakan paparan skrin OLED dan Ryzen 7. Menggabungkan kedua-dua perkakasan berkuasa besar, laptop hanya boleh bertahan kira-kira 6-8 jam secara purata. Selain itu, OLED memakan bateri dengan cara yang berbeza berbanding dengan skrin LCD yang lain.
Audio

Bagi sistem audionya pula, ia dikuasakan dengan sistem suara ASUS dengan teknologi Dolby Atmos dan pensijilan Harman/Kardon. Ia dapat menghasilkan bunyi yang jelas dan menyeronokkan untuk di didengar. Dolby Atmos memberikan anda tahap realisme yang luar biasa dan surround sound dalam muzik, filem dan rancangan televisyen kegemaran anda.
Semasa menonton filem, saya telah menetapkan volume pada tahap 60% – 70%. Walaupun bukan pada tahap yang maksimum, saya dapat mendengar dengan jelas dan tidak ada bunyi pelik atau pecah yang datang dari speaker.
Kesimpulan

Dengan gabungan processor AMD Ryzen 7 6800U dan paparan skrin OLED, saya rasa laptop ini sesuai untuk mereka yang suka menonton filem atau melayan Youtube dan membuat kerja yang ringkas. Selain itu, ASUS Zenbook S 13 OLED juga sesuai untuk membuat penyuntingan gambar dan video. Cumanya saya tidak galakkan anda untuk bermain game dengan menggunakan laptop ini pada resolusi 2.8K.
Laptop ini juga mempunyai gamut warna 100% DCI-P3 dan VESA DisplayHDR True Black 500 yang menjadikan ia lebih cemerlang daripada mana-mana laptop lain yang berada di pasaran sekarang.

Bercakap mengenai harga, ASUS Zenbook S 13 OLED bermula pada harga RM 5,999 dan mempunyai empat variasi warna yang boleh anda pilih iaitu Ponder Blue, Refined White, Aqua Celadon dan Vestige Beige.
Spesifikasi penuh ASUS Zenbook S 13 OLED boleh didapatkan di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan laptop, game dan filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post