Baru dilancarkan mengikuti spesifikasi terkini pemproses 10th Gen Intel Core i7 pada hujung Jun lalu, ASUS VivoBook S15 (S533) dah bersedia untuk tampak bergaya pada gaya milenium terkini kerana reka bentuknya yang menawan bersama warnanya yang menyerlah pasti akan menjadi kesukaan ramai pencipta kontent dan anak muda terkini! Lebih terbaik, ASUS sekali lagi memberi kami peluang untuk Review produk terbaru mereka dan kali ini, saya merasakan godaan itu makin ternampak disebabkan kecomelan VivoBook ini!
Awal-awal saya ingin menyatakan bahawa laptop ini memang sangat sesuai untuk entri awal terutama pada pelajar atau pencipta kontent on-the-go. Dengan harga yang sangat berpatutan serta spesifikasi yang mengikuti generasi terkini, pula dilengkapi dengan hayat bateri yang tinggi serta pelbagai port tersedia untuk memudahkan kerja, saya yang sebagai editor ini pun terasa nak beli terus VivoBook S15 ini agar senang menulis artikel pada bila-bila masa!
Unboxing! Warna menyerlah menerangi mata kami!
Okay kali ni, ASUS memberi dua variasi untuk VivoBook S15 ni tau! Satu berwarna Dreamy White dan satu lagi Resolute Red. Dalam kotak yang bergaya ini tersedia sebuah VivoBook S15, charger laptop ini dan juga Sticker istimewa untuk laptop ini! Haaa kan dah cakap, lebih bergaya tau kalau anda nak lekatkan sticker ini pada VivoBook S15. VivoBook S15 ini sebenarnya mempunyai 4 pilihan warna, 2 diantaranya seperti diatas dan dua lagi adalah Indie Black dan Gaia Green.
Tidak kiralah yang mana satu pilihan anda, semuanya warna menyeronokkan mengikut identiti pengguna! Jadi sebaik sahaja menggunakan VivoBook dengan warna pilihan, memang nyata orang lain yang nampak mesti terus katakan kita ini seorang yang kreatif! Dicipta menggunakan teknologi pencetakan nano 3D untuk memberikan permukaan yang sangat halus, casis dari VivoBook S15 terbuat dari aloi aluminium yang selesai dalam reka bentuk potongan diamond-cut yang menekankan garis halus dan sederhana .
Ada lagi satu pekara yang menarik perhatian saya apabila membuka laptop ini, iaitu kekunci Enter yang unik mengikuti pengedaaran Gen-Z ini! Kekunci Gen Z Enter berwarna kuning disekelilingnya mewakili kesan menggulingkan sistem lama dan mewujudkan perubahan yang besar.
Walau bagaimana pemasaran ASUS ingin merasakan tampilan ini, intinya adalah untuk menampilkan laptop ini kelihatan lebih tajam daripada sistem penggunaan umum. Sama ada pasaran sasaran merespons pendekatan ini masih belum dapat dilihat, tetapi selain itu, saya suka kedua warna yang kami terima untuk di review ini!
Paparan yang terang, Reka bentuk yang Slim!
Siri VivoBook S yang baru ini mempunyai reka bentuk ultra-mudah alih yang tidak membebankan anda. Laptop ini berukuran Tinggi: 1.61 cm (0.63”); Lebar: 35.98 cm (14.17”); Depth: 23.38 cm (9.2”), terlalu kompak dan tipis menyenangkan anda untuk terus selit dan masukkan ke dalam bag anda dengan senang walaupun ketika berjalan.
Di antara skema warna dan pembinaan, laptop ini sememangnya senang dipegang dan digunakan, walaupun dengan paparan 15 inci lebih besar daripada pilihan yang lebih mudah alih yang ada sekarang. Perlu diingatkan bahawa terdapat dua pilihan variasi. Jika S15 menarik bagi anda tetapi anda lebih suka ukuran yang lebih kecil, ada juga VivoBook S14 14 inci yang baru.
Reka bentuk VivoBook S15 ini sebenarnya nampak sangat minimalis dengan aloi aluminium yang bagus membentuk casis. Ini adalah bahan berkualiti sesuai dengan harganya, menambah rasa lebih mewah daripada laptop entri awal yang diperbuat daripada plastik murah. Walaupun bahannya lebih kuat, VivoBook mengekalkan berat yang cukup mudah alih untuk 15 inci, pada 1.8 kg sahaja.
Sudah tentu, paparan 15.6 inci yang lebih besar yang anda dapat dengan model yang lebih besar dapat menjadikan ukurannya bernilai. Paparan ini menawarkan resolusi HD penuh (1.920 x 1.080) dan mempunyai bezel nipis, yang meningkatkan nisbah screen-to-body menjadi 88% dan lebih senang dilihat daripada sempadan plastik tebal biasa yang anda dapat pada kebanyakan laptop bajet.
Tidak ada yang mewah berlaku dengan panel ini melampaui spesifikasi dan bezel nipis, yang cukup adil pada harga. Ukuran skrin cukup luas untuk kerja multi-window tab yang nyata, berbeza dengan laptop kompak lain dengan paparan 13.3 inci yang terlalu sukar untuk dilihat.
VivoBook S15 mempunyai sistem penalaan video canggih yang disebut teknologi Video ASUS Tru2Life yang berfungsi seperti terdapat di TV kelas atas. ASUS Tru2Life Video meningkatkan kejelasan, warna dan kontras dalam video. Ini memintas isyarat gambar dan video yang dikirim ke panel, kemudian menganalisis setiap piksel dalam setiap bingkai untuk mengoptimumkan kecerahan, kontras, warna dan ketajaman. Ia seperti penyunting video profesional yang mengubah setiap bingkai video dalam masa nyata sebelum membiarkan anda melihatnya! Ini menghasilkan video yang berwarna-warni, terang dan tajam dengan peningkatan sebanyak 150%. Jadi memang puas lah anda nak tonton video atau edit video biasa pada paparan ini!
Nampak Funky, tetapi Prestasi boleh tahan!
VivoBook S15 dikuasai dengan pemproses sehingga quad-core 10th Generation Intel® Core™ i5-10510U dan grafik NVIDIA® MX250 untuk multitasking dan permainan yang on-the-go dan menampilkan pelbagai port I/O untuk memastikan keserasian dengan pelbagai periferal juga Memori 8GB, Grafik Intel UHD bersepadu dan pemacu solid-state M12 512GB. VivoBook S15 juga dilengkapi Intel® WiFi 6 superfast dengan Gig + (802.11ax) dan kamera inframerah (IR) untuk log masuk muka tanpa kata laluan.
Selain daripada keliling kekunci Enter berwarna kuning, papan kekunci selebihnya nampak cukup standard dengan warna silver. Kekunci mempunyai perjalanan 1.4 mm, menghasilkan pengalaman menaip yang cukup selesa secara keseluruhan dan papan kekunci termasuk pad nombor penuh. Ianya memang agak lancar dan penekanan penuh responsif, jadi itulah yang anda perlukan. Satu bonus ialah pembaca cap jari terbina dalam di sudut kanan atas pad, yang membolehkan log masuk cepat dan selamat sebaik sahaja anda mengatur Windows Hello.
Melengkapkan sisa binaan adalah pilihan port yang sedia untuk pengguna. Di sebelah kanan, anda akan menemui dua port USB 2.0 dan pembaca kad microSD, sementara di sebelah kiri terdapat satu port USB 3.0, port USB-C, jack headphone dan sambungan HDMI. Tidak ada port Thunderbolt 3 pada laptop ini.
Bateri yang tersedia pada VivoBook S15 ini memang cukup menampung untuk kegunaan seharian. Iya, skurang-kurangnya boleh bertahan sehingga 15 jam dengan penggunaan minimum. Anda boleh mengecaj bateri dari 1% ke 60% hanya 50 minit sahaja! Memang fast charging! Selain itu terdapat aplikasi MyASUS yang memudahkan kegunaan harian anda!
MyASUS memang memudahkan pengguna terutama yang masih baru menggunakan laptop dan banyak pekara yang kita boleh kawal untuk tetapan hardware dalam aplikasi ini. Ia menyediakan akses mudah ke aplikasi ASUS yang berguna yang membantu anda mengekalkan sistem anda, mengemas kini perisian, mengoptimumkan prestasi PC, menghubungi sokongan ASUS, mengurus akaun ASUS anda, dan banyak lagi. Anda juga boleh mengakses AppDeals melalui MyASUS dan meneroka pelbagai muat turun aplikasi popular dan tawaran eksklusif.
Spesifikasi
ASUS VivoBook S15 (S533F) | |
CPU | Intel® Core™ i5-10210U Processor 1.6 GHz (6M Cache, up to 4.2 GHz) |
Paparan | 15.6″ LED-backlit Full HD (1920 x 1080) 16:9Frameless three-sided NanoEdge display with 86% screen-to-body ratio
178° wide-view technology; anti-glare IPS panel display; NTSC: 45% |
OS | Windows 10 Home |
Grafik | Intel® UHD Graphics Integrated GPUNVIDIA® GeForce® MX250 Discrete GPU |
Memori utama | 8GB 2666 MHz DDR4 on board |
Storan | Intel® Optane™ Memory H10 with Solid State Storage(32 GB Optane™ + 512 GB M.2 NVMe PCIe SSD) |
Wireless | Intel® WiFi 6 GIG+ (802.11ax)Bluetooth® 5.0 |
Kamera | HD camera |
I/O ports | 1 x USB 3.1 Gen1 Type A1 x USB 3.1 Gen1 Type-C™
2 x USB 2.0 1 x HDMI 1.4 1 x Audio jack combo 1 x Micro SD card reader |
Audio | Array microphone with Cortana voice-recognition support3.5 mm headphone jack
Certified by Harman Kardon |
Bateri | Fast charging: 60% in 49 minutes50 Wh 3-cell lithium-polymer battery
65 W power adapter Plug Type: ø4 (mm) (Output: 19 V DC, 3.42 A, 65 W) (Input: 100-240 V AC, 50/60 Hz universal)” |
Keyboard | Backlit Chiclet Keyboard |
Fingerprint Reader | No |
Warna | Dreamy Silver / Indie Black / Gaia Green / Resolute Red |
Dimensi | Height: 1.61 cm (0.63”); Width: 35.98 cm (14.17”); Depth: 23.38 cm (9.2”) |
Berat | 1.8 kg (3.97 lb) |
Harga | RM 3,199 |
Bundle dalam Box | ASUS Backpack, Limited Edition VivoBook stickers |
Waranti | 2 years global |
Jadi adakah VivoBook S15 kuat untuk ujian BENCHMARK yang kami cuba?
Walaupun ianya hanyalah VivoBook dan bukannya laptop gaming seperti yang selalu dicuba oleh pasukan kami sebelum ini, saya masih turut mencuba beberapa ujian Benchmark dari beberapa aplikasi benchmark terkenal untuk melihat ketahanan setiap ujian prestasinya. Hasil yang kami dapat tidaklah berapa puas hati, tapi disebabkan VivoBook S15 adalah sebuah laptop entri awal, jadi ianya tiada masalah pun kerana masih boleh mengekalkan prestasi kerja harian yang sempurna. Okay jom lihat antara keputusan benchmark kami dibawah;
PC Mark 10
Okay bagi ujian keseluruhan PC Mark 10 adalah 4212 mata. Bagi mata lain mengikut prestasi lain masih normal dan nyata laptop ini memang sesuai untuk kerja harian.
3D Mark
Malangnya untuk ujian 3D Mark, VivoBook ini tidak mencapai ujian seperti yang diharapkan terutama pada stress test. Untuk time spy yang biasa, mata yang diperolehi adalah biasa-biasa. Nampaknya pada pelajar yang menggunakan aplikasi tinggi untuk editing, mungkin ianya tidak berapa sesuai untuk anda.
VR Mark
Begitu juga keputusan untuk VR Mark. Nampaknya untuk VR memang vivobook tidak boleh menampung terlalu berat.
FFXV Benchmark
Pada kedua-dua kualiti ujian standard dan tinggi FFXV, keduanya tidak mencapai tahap mata yang diharapkan.
Jadi mengikut keseluruhan, VivoBook S15 memang lebih sesuai untuk kerja biasa dan kegunaan biasa. Sebab saya juga akan meneruskan dibawah dengan pengalaman bermain game.
Pengalaman main game? Masih boleh untuk lepaskan geram!
Okay saya tahu VivoBook S15 ini bukanlah seperti laptop gaming yang memang dah sedia dengan prestasi tinggi. Jadi saya mencuba permainan yang biasa tetapi bedasarkan online untuk melihat sambungan permainan adalah kekal baik atau tidak. Jadi tiga permainan telah dicuba saya, antaranya Brawlhalla, Dragon Ball FighterZ dan Valorant.
Main Brawlhalla sudah tentulah main dalam talian, so far ketika bermain game ini, memang tiada sebarang lagging lansung! Setiap kali menyerang atau diambang kejatuhan, FPS VivoBook untuk permainan ini kekal dan tiada sebarang FPS lari dengan teruk!
Okay beralih pada game fighting Dragon Ball FighterZ , ya sudah tentu kami masih gunakan tetapan grafik tinngi, permainan sangat lancar walaupun ada seketika VivoBook ada masalah kepanasan sedikit.
Dan yang terakhir adalah Valorant, siapa sangka bermain Valorant nyata tiada sebarang masalah termasuk lagging atau seangkatanya! Memang smooth main Valorant, cuma masalah panas sikit tu ada. Kemudian adalah saya rasa kekok sedikit oleh kerana gap diantara kekunci agak dekat dan sukar kawal jari. Tapi keseluruhan ujian permainan kami sempurna. Mungkin memang VivoBook S15 bersedia dengan game online cuma janganlah main yang terlalu berat, mungkin tidak akan mencapai apa yang anda inginkan.
Kesimpulannya, VivoBook S15 sebuah laptop yang hebat dan kena dengan harga!
Secara keseluruhan, Asus VivoBook S15 adalah nilai yang sangat kuat. Tidak banyak yang dapat dikritik secara umum, apalagi apabila anda mempertimbangkan seberapa rendah harganya. Kualiti binaannya jauh lebih tinggi daripada julat harga ini dan laptop ini tetap mudah dibawa walaupun mempunyai skrin 15.6 inci..
Walaupun ianya tidaklah berapa produktiviti dan melakukan seperti mesin yang hampir (atau lebih baik daripadanya) yang jauh lebih mahal, tetapi VivoBook S15 memang patut dipuji kerana ianya sememangnya hebat dengan harga berpatutan. Sekiranya anda hanya memerlukan teman harian yang berfungsi sebagai peganti desktop, mesra perjalanan dan tidak akan merosakkan kerja anda, VivoBook S15 adalah yang terbaik yang pernah kita lihat setakat ini pada tahun 2020, jadi jangan lupa ke kedai sah rasmi ASUS atau dalam talian untuk pembelian VivoBook S15 berharga RM3,199.00 sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post