Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Astria Ascending – JRPG klasik dengan grafik memukau!

Maira by Maira
November 15, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, PC, Platform, Review
0 0
0
[Review] Astria Ascending – JRPG klasik dengan grafik memukau!
Share on FacebookShare on Twitter

Astria Ascending merupakan permainan JRPG baru yang mempunyai potensi yang tinggi. Lebih-lebih lagi dengan penglibatan Kazushige Nojima yang merupakan penulis untuk Final Fantasy. Sudah tentu ramai peminat JRPG yang teruja untuk bermainnya. Sesi review kali ini, kami akan memberikan pandangan jujur kami mengenai Astria Acsending. Apa lagi, jom kita mulakan!

Kisah

Dengan tema ceritanya yang berfokuskan pada takdir dan pengorbanan, Astria Ascending menempatkan pemain dalam peranan sebagai “demi-god” yang dipilih untuk mendapatkan kekuatan zodiac. Dengan kekuatan tersebut, tugas utama demi-god adalah menlindungi dunia daripada kehancuran akibat ancaman musuh yang dipanggil “Noise”, tetapi selepas tiga tahun, mereka akan mati atau “transcend”. Ceritanya tidaklah begitu mendalam dan tidak meneroka lebih lanjut mengenai watak-watak permainan itu. Ini antara salah satu kelemahan permainan Astria Ascending.

Kisah penceritaannya hanya wujud untuk gameplay permainan ini. Saya tidak mempunyai rasa ingin tahu mengenai pengakhiran ceritanya. Ini mungkin juga kerana jalan ceritanya senang diagak dari awal permainan. Untuk permainan yang bergantung pada penceritaan, Astria Ascending kurang berjaya untuk menyampaikannnya. Plotnya mempunyai potensi yang baik dan tetapan yang menarik hanya cara penyampaiannya sahaja yang tidak memuaskan.

Grafik 2D yang cantik dan memukau

Jika ada benda yang saya boleh puji mengenai Astria Ascending, ianya penggunaan grafik 2D yang mempunyai kualiti yang cantik. Grafik 2D side-scrolling permainan ini mengingatkan saya pada game yang dibangunkan oleh Vanillaware. Dengan reka bentuk watak sehinggalah cutscene permainan, semuanya memang terbaik. Selain itu, UI permainan ini juga mempunyai gaya yang sederhana tetapi sangat efektif dengan efek fantasi yang ditambahkan padanya.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Walaupun grafiknya bagus, tetapi ada beberapa kekurangan yang membuatkan permainan ini agak sukar dimainkan. Contohnya indicator dari target aktif kurang jelas, kesan status pada paparan tidak muncul dan kekurangan ciri Quality of Life (QoL) seperti boleh menggunakan equipment terus selepas membelinya. Kekurangan ini masih boleh diterima kerana permainan ia merupakan versi sempurna dari permainan mobile yang asal.

Gameplay

Gaya pertempuran dalam Astria Ascending dibina pada sistem turn-based yang biasa. Kalau nak dibandingkan dengan permainan lain, Octopath Traveler juga mempunyai cara pertempuran yang agak sama selain komposisi dan formasi parti yang hampir sama, terdapat juga sistem untuk mengumpulkan Focus Point seperti mekanik “Boost”. Perbezaannya terletak pada cara anda mendapatkannya iaitu dengan menyerang kelemahan musuh dan mendapat keberkesanan Focus Point sehingga 200%. Sistem ini akan memerlukan strategi yang baik ketika bermain kerana jika kita tidak mempunyai Focus yang maksimum agak susah untuk kita menggunakan kebolehan yang lain dan hanya mampu menggunakan serangan biasa.

Terdapat beberapa bahagian yang agak terhad dalam sistem pertempurannya. Contohnya, korang hanya boleh bawa empat watak sahaja untuk satu unit sehinggalah anda boleh menukar unit lain untuk pertempuran seterusnya. Walapun sistem pertempuran ini kurang digemari ramai, tetapi inilah design tradisional untuk permainan JRPG.

Tetapi menariknya tentang gameplay Astria Ascending, dia menggunakan elemen Metroidvania yang membolehkan korang meneroka serta menyelesaikan puzzle di beberapa tempat. Ini merupakan gabungan yang baik sebab kebanyakkan permainan JRPG tidak mempunyai perkara selain daripada pertempuran. Sudah tentu ada kekurangannya sendiri. Paparan peta ketika meneroka terasa kurang intuitif kerana tiada tanda yang jelas jika terdapat perangkap atau laluan ke kawasan baru.

Ini adalah gabungan yang sangat kami alu-alukan, kerana sekali lagi, kebanyakan permainan JRPG tidak membawa lebih banyak percubaan daripada mana-mana bahagian permainan yang berada di luar pertempuran. Bukan tanpa kelemahan, sudah tentu, kerana paparan peta ketika menerokai terasa kurang intuitif kerana tiada tanda yang jelas jika terdapat perangkap atau laluan ke kawasan baharu.

Sistem customization untuk permainan ini sama seperti JRPG yang lain, contoh seperti pembentukan parti, meningkatkan statistik karakter dan pembelian senjata, perisai dan aksesori. Bukan setakat itu sahaja, ada juga sistem skill tree yang menggunakan SP untuk membuka lebih banyak skill. Sudah tentu anda kena grinding untuk dapatkan SP tetapi itu juga yang membuatkan permainan ini kurang seimbang dari segi sistem progress. Jika anda membawa parti yang mempunyai level yang sama dengan musuh, tetapi musuh anda sebenarnya lebih kuat malah kebal terhadap serangan anda.

Anda boleh menukar difficulty untuk menjadikan permainan lebih mudah, tetapi saya rasa ia tidak membawa perubahan yang banyak. Selain daripada cerita, penerokaan dan pertempuran, Astria Ascending juga memberikan permainan mini yang dipanggil J-Ster. Bagi saya, permainan itu seperti Yu-Gi-Oh yang digabungkan dengan Othello.

J-Ster

Kesimpulan

Astria Ascending dibangunkan dengan elemen-elemen JRPG yang klasik dengan penambahan beberapa elemen berbeza. Walaupun begitu, pemain akan cepat hilang motivasi untuk meneruskan permainan dengan penggunaan elemen tersebut. Jalan penceritaannya yang senang dijangka dan tidak menarik agak sukar untuk menarik perhatian pemain melainkan grafik 2D yang cantik dalam permainan ini. Kalau anda seorang yang penyabar dan keazaman yang tinggi bolehlah cuba permainan ini. Anda boleh lawat laman web rasmi permainan untuk maklumat lebih lanjut mengenainya.

Untuk membaca review lain dari kami, sila klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Astria Ascending

7 Score

PROS

  • Grafik 2D yang cantik dan memukau
  • Beberapa konsep JRPG yang menarik

CONS

  • Jalan penceritaan yang kurang menarik dan senang dijangka
  • Beberapa mekanik permainan tidak dijalankan dengan baik

Review Breakdown

  • Permainan klasik JRPG dengan grafik 2D yang cantik dan mempunyai elemen tambahan yang menarik. 0
Tags: Astria Ascendingreview
Previous Post

Pokémon Battle Festival Asia 2021 – Kejohanan online pertama Pokémon di Asia!

Next Post

Review Back 4 Blood – Menghidupkan semula zaman Left 4 Dead!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Back 4 Blood – Menghidupkan semula zaman Left 4 Dead!

Review Back 4 Blood - Menghidupkan semula zaman Left 4 Dead!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd