Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Acer Nitro QG240Y S3 – Monitor Gaming bajet dengan refresh rate tinggi!

safwan by safwan
April 6, 2023
in Artikel, Berita, Monitor, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] Acer Nitro QG240Y S3 – Monitor Gaming bajet dengan refresh rate tinggi!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru, produk baru. Kali ini, Acer telah melancarkan 3 monitor yang diyakini mampu milik di mana ia didatangkan dengan resolusi FHD dan 180Hz refresh rate. Yang berada pada kami sekarang ini adalah Acer Nitro QG240Y S3. Terima kasih kepada Acer kerana memberikan peluang kepada kami untuk mencuba monitor ini.

Tanpa meluangkan masa lagi, jom kita teruskan dengan review Acer Nitro QG240Y S3!

Reka Bentuk & I/O port

Acer Nitro QG240Y didatangkan dengan reka bentuk yang sangat minimalist dan ringkas. Warna yang meliputi keseluruhan monitor adalah berwarna hitam dengan logo Acer besar di belakang. Manakala logo Acer di bahagian hadapan pula adalah berwarna silver. Jika lihat pada barisan Nitro yang lain, hampir semuanya akan menampilkan sedikit berwarna merah. Tetapi, monitor ini tidak didatangkan dengan ciri-ciri tersebut.

Memandangkan monitor ini hanya didatangkan dengan 23.8 inci sahaja, ia kelihatan tidak terlampau besar atau kecil. Dimensi yang digunakan monitor ini adalah 21.35 x 16.23 x 6.89 inci dan beratnya hanya 5.95 kg sahaja termasuk stand yang disediakan. Malangnya, monitor ini tidak menyediakan VESA Mount pada bahagian belakangnya. Jadi untuk menggunakan stand lain selain yang disediakan adalah agak mustahil.

Bercakap tentang stand, ia didatangkan dengan reka bentuk “V” yang boleh mengimbangi monitor. Dengan stand yang disediakan, monitor ini boleh dipusingkan (tilt) dari -5o sehingga 20o sahaja. Saya tidak menafikan yang tilt disediakan adalah jumlah yang sangat kecil, tetapi saya mendapati yang ia cukup untuk pemain yang baru sahaja mula bergiat dalam industri gaming.

Beralih kepada butang dan I/O port yang disediakan di belakang monitor ini. Ia didatangkan dengan satu sahaja butang OSD dan ia seperti “joystick”. Jadi dengan menggunakan “joystick” tersebut, anda boleh mengakses OSD. Monitor ini dilengkapi dengan 1x DC, 1x 2.0 HDMI, 1x 1.4 DisplayPort dan 1x Audio Out.

Paparan

Nitro QG240Y dilengkapi dengan skrin yang bersaiz 23.8 inci bersama resolusi FHD 1920×1080. Monitor ini menggunakan panel VA yang menyokong HDR 10 dan 250 nits. Walaupun ia panel VA, monitor mempunyai liputan warna yang baik dengan sRGB 95%. Ini bermakna ia juga boleh digunakan untuk mengedit foto, video, ilustrator dan mencipta kandungan.

Monitor ini juga mampu menyokong sehingga 180Hz refresh rate dengan response time hanya 4ms sahaja. Jadi jika anda pemain FPS, anda boleh menggunakan ciri ini untuk menguasai game kegemaran anda. Ini kerana lebih tinggi refresh rate yang anda miliki, lebih responsif dan tepat yang anda akan perolehi. 

Anda juga mendapat FreeSync Premium yang boleh membantu anda berprestasi lebih baik. Ia juga boleh mengurangkan “screen tear”, stuttering dan memberi anda pengalaman bermain dengan low latency. 

Ia juga dilengkapi dengan teknologi Acer VisionCare™ yang boleh membantu mengurangkan ketegangan mata untuk pengalaman menonton yang lebih selesa semasa bermain game. Acer juga mendakwa bahawa monitor ini mempunyai ciri tanpa bezel ZeroFrame. Semasa saya menggunakan monitor ini, saya lihat pada bezel tetapi ia kelihatan ketara tetapi semasa bermain game, saya langsung tidak perasan tentang bezel yang disertakan. 

Pengalaman gaming 

Memandangkan ia menyokong refresh rate sehingga 180Hz, saya telah mencuba game FPS termasuk Apex Legends, Overwatch 2 dan Valorant di mana ketiga-tiga game ini lebih memfokuskan pada acara kompetitif. 

Ketiga-tiga game ini sememangnya mempunyai perbezaan tetapi saya cukup pasti bahawa Apex Legends lebih sukar untuk dimainkan kerana saya mengalami motion sickness. Semua game yang saya mainkan adalah pada tetapan grafik tertinggi yang tersedia pada setiap game. 

Apex Legends – Dengan menggunakan grafik yang paling tinggi, saya dapat bermain dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah seperti lagging ataupun stuttering. Walaupun sering mati awal dalam game ini, saya dapat melihat musuh dan bertindak balas dengan pantas. Cuma “aim” saya yang teruk menjadi masalah sehingga dikelilingi oleh keseluruhan skuad. 

Valorant – Walaupun saya bermain game ini setiap hari dengan monitor 144Hz, saya masih berasa sedikit perbezaan apabila mencuba game ini dengan monitor 180Hz. Hasil daripada monitor lebih lancar dan tepat. Selain itu dengan masa tindak balas 4ms, saya boleh pop-off setiap perlawanan yang saya mainkan. 

Overwatch 2 – Semasa bermain game ini, saya tidak mempunyai sebarang masalah semasa memainkannya. Walaupun terdapat letupan di sana sini, ia masih mempunyai pengalaman yang lancar.

OSD 

Di dalam OSD, anda boleh mengakses banyak mode seperti Action, Racing, Sports, User, Standard, ECO, Graphics dan HDR. Anda juga boleh melaraskan kecerahan skrin dari 0 hingga 100. Selain itu, Nitro QG240Y juga didatangkan dengan menu game yang agak komprehensif di mana ia membenarkan pengguna mengubah suai respons panel kepada keperluan sebenar mereka.

Anda juga boleh menggunakan OSD untuk menghidupkan nombor refresh rate dan perkara penting untuk dihidupkan ialah FreeSync Premium pada menu Game. Dengan tetapan ini dihidupkan, anda boleh menikmati pengalaman yang lancar semasa bermain game. Tetapan lain yang mungkin anda ingin lihat adalah seperti berikut. 

  • HDR 
  • SuperSharpness
  • Black Boost
  • Gamma/Colour Temperature
  • Colour Space/Grayscale Mode

Kesimpulan 

Acer Nitro QG240Y S3 ialah monitor “Entry Level” yang baik dengan refresh rate tinggi dan Response Time yang baik. Walaupun ia didatangkan dengan panel VA dan 23.8 inci, ia masih mempunyai ketepatan warna yang agak baik dan masih bersesuaian untuk menyunting, bermain game dan juga bekerja.

Untuk mendapatkan monitor dengan refresh rate yang tinggi pada harga yang murah adalah masih sukar. Bagi saya, anda perlu mengorbankan beberapa ciri lain untuk mendapatkan monitor dengan refresh rate yang tinggi pada harga yang berpatutan.

Secara keseluruhannya, Acer Nitro GQ240Y S3 ialah monitor yang baik untuk digunakan bukan sahaja untuk game tetapi setiap kerja yang anda lakukan. Ia masih menawarkan ciri-ciri yang baik pada harga yang sangat berpatutan. Jika anda sedang mencari bajet dengan monitor refresh rate tinggi, saya akan mencadangkan monitor ini kepada anda. Lihat spesifikasi penuh di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer Nitro QG240Y
Previous Post

Pre-order dibuka untuk HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs – harga bermula RM3499!

Next Post

Review Infinix Hot 30 Free Fire Edition – Smartphone bajet RM599 untuk gamer mobile!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Infinix Hot 30 Free Fire Edition – Smartphone bajet RM599 untuk gamer mobile!

Review Infinix Hot 30 Free Fire Edition - Smartphone bajet RM599 untuk gamer mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd