Fortnite masih kekal sebagai antara game kegemaran ramai di seluruh dunia sehingga memecahkan satu demi satu rekod bagi kiraan purata pemain. Baru-baru ini pihak Fortnite telah menghadapi satu masalah yang tak diduga.
Seperti yang dicatat oleh SuperData, Fortnite yang telah memecahkan rekod pendapatan pada bulan Disember, kini sedang mengalami kejatuhan dalam nilai purata pendapatan mereka sebanyak 48% pada bulan Januari. Data baru ini juga tiada kaitan dengan game baru Apex Legends yang keluar pada awal Febuari. Ini bermakna pesaing baru ini tiada kaitan dengan kejatuhan pendapatan Fortnite.
Bulan Febuari ini mungkin berbeza untuk Fortnite. Selepas memecah rekod sekali lagi untuk konsert Marshmello (10 Juta) dan rekod untuk purata pemain (7 Juta) menunjukkan bahawa ‘playerbase’ Fortnite masih kekal kuat. Kemungkinan kejatuhan pendapatan pada bulan Januari yang membuat pihak Fortnite menggunakan cara baru iaitu dengan cara memberi ‘season 8 battle pass’ secara percuma jika pemain berjaya menyelesaikan beberapa ‘challenge’ mudah di dalam game.

Kesimpulannya, Fortnite masih kekal sebagai antara gergasi dalam dunia ‘Battle Royale’. Pendapatan mereka pada awal 2019 ini lebih banyak berbanding pendapatan mereka pada 2018. Anggaran kasar mungkin minima -billion dollar. Masih jauh lagi perjalanan Fortnite memandangkan sukses mereka begitu hebat walaupun terdapat sedikit halangan dalam perjalanan mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post