Returnal akhirnya tiba ke PC setelah tersedia di konsol PS sejak 2021. Mesti ada antara anda yang ingin tahu, bagaimana prestasi game ini pada PC. Kalau ingin tahu, teruskan membaca review kami ini!
Untuk pengetahuan anda, Returnal merupakan game roguelite yang bagus apabila ia dilepaskan buat kali pertama untuk PS5. Anda akan terperangkap di sebuah dunia asing di mana anda terperangkap dalam time loop. Game ini kelihatan hampir sama bagus pada PC jika ingin dibandingkan dengan versi PS5.

Kalau dibandingkan dengan game roguelite lain di pasaran, apa yang membezakan Returnal ialah ia bergantung kepada skill sebenar anda. Kebanyakan roguelite bergantung kepada cara anda build watak seperti mengumpul kebolehan yang akan mengubah cara anda bermain. Returnal masih lagi mempunyai build tersendiri tetapi ialah tidaklah begitu ditekankan dalam game ini. Upgrade juga hanyalah pistol yang lebih baik ataupun senjata consumable.

Memandangkan ianya versi PC, sudah tentu ianya tidak sama dengan versi PS5. Ia hadir dengan Quality-of-Life seperti membolehkan pemain untuk pause game pada bila-bila masa. Rasanya pemain PC pasti lega dengan adanya fungsi tersebut, kerana semasa ia pertama kali dilancarkan pada konsol, ramai yang inginkan fungsi ini.

Prestasi game pada PC
Kami telah menggunakan laptop gaming dengan spesifikasi seperti berikut:
- CPU: AMD Ryzen 9 5900HX with Radeon Graphics 3.30 GHz
- GPU: RTX 3070

Boleh tahan juga prestasi game ini pada laptop yang kami gunakan. Dengan tetapan Epic, kami boleh dapatkan sehingga 70+fps dengan 1080p. Returnal PC menyokong DLSS dan FSR untuk prestasi yang lebih baik tetapi ia tidaklah begitu banyak. Walaupun dalam mode Ultra Performance, agak susah untuk dapatkan 60fps apabila mainkannya dalam 4K.

Kalau anda mempunyai Ultra wide monitor, bolehlah cuba mode Ultra Wide untuk lihat peta dengan lebih luas, lebih-lebih lagi dengan atmosfera game ini yang hebat. Sebagai tambahan, controller DualSense juga boleh digunakan untuk versi PC. Kesemua fungsi daripada PS5 seperti adaptive trigger dan haptic feedback boleh digunakan. Ini sememangnya memberikan pengalaman PS5 kepada pemain-pemain PC.

Kesimpulan
Sejujurnya, Returnal PC merupakan sebuah port yang baik dan lebih ramai pemain boleh mencubanya. Walaupun ia mengambil formula roguelite untuk game, tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan sebuah entri game yang unik. Tetapi kalau anda sudah ada Returnal pada PS5, ia tidak ada perubahan yang ketara kecuali mode Ultrawide.
Klik pautan ini untuk membaca review penuh game di PS5. Returnal PC tersedia di Steam dan Epic Games Store sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post