Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Respawn mendedahkan strategi baru anti-cheat untuk Apex Legends!

Apa yang akan berlaku jika anda bermain bersama hacker?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Respawn mendedahkan strategi baru anti-cheat untuk Apex Legends!
Share on FacebookShare on Twitter

Respawn Entertainment telah mengisytiharkan ‘perang kepada cheater’ pada update 12 Julai mereka untuk Apex Legends, dan sedang mencari jalan untuk menghapuskan setiap jenis hacker dengan menguatkuasakan beberapa peraturan baru di battle royale terkenal ini. Selain daripada penambahan perisian anti-cheat yang sudah ada di PC, Respawn mengimplementasikan sistem baru yang akan match up “setiap cheater dan hacker yang berbeza” di dalam perlawanan yang sama.

7/12 Respawn Check-In from r/apexlegends

Respawn tidak berhenti di sana, dan juga telah mengambil langkah-langkah untuk menghalang ‘boosting’ – yang bermaksud apabila seorang pemain bermain dengan cheater untuk menaikkan rank tetapi pemain itu sendiri tidak menggunakan cheat. Respawn menyatakan bahawa “walaupun anda tidak secara khusus menggunakan cheat, bermain dengan seorang hacker masih dianggap sebagai cheating.”

Card

Sekiranya terdapat bukti bahawa anda dengan sengaja bermain dengan pemain yang menggunakan hack di Apex Legends, maka anda juga akan menerima hukuman yang sama, seorang developer mengesahkannya di Reddit. Sudah tentu, pemain perlu dengan ‘jelas’ bermain dengan hacker tersebut — ini mungkin bermakna bermain lebih daripada sekali dengan hacker yang sama.

Untuk terus kekal selamat, anda harus memastikan anda waspada terhadap mana-mana rakan sepasukan, dan jika permainan mereka kelihatan mencurigakan kepada anda, hanya membuat laporan dan jangan bermain dengannya lagi. Para developer difahamkan ingin membasmikan hacker daripada Apex Legends, terutama sekarang apabila ada Ranked Mode dalam permainan, di mana taruhan sedikit lebih tinggi.

 

Apex Legends Ranked Mode

Update terbaru mereka juga mengandungi  sistem baru “machine learning” yang mengesan dengan lebih baik dan terus auto ban para hacker. Update akan datang untuk menentang hacker akan tiba secara mingguan, tetapi developer menyatakan bahawa mereka tidak akan selalu menyenaraikannya di patch notes.

Card

Sumber – Reddit@Apex Legends

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendshackHackerRanked Moderedditrespawn
Previous Post

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) Menerima Perlantikan Sebagai Penasihat Diraja ESM

Next Post

Kebakaran di studio animasi terkenal Kyoto Animation mengakibatkan satu kematian dan ramai tercedera!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kebakaran di studio animasi terkenal Kyoto Animation mengakibatkan satu kematian dan ramai tercedera!

Kebakaran di studio animasi terkenal Kyoto Animation mengakibatkan satu kematian dan ramai tercedera!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd