Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] — Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!

Maira by Maira
September 16, 2022
in Artikel, Berita, Game, Preview, Seram, VR
0 0
0
Resident Evil Village VR Preview [TGS 2022] — Pengalaman Seram Hebat Bersama PSVR2!
Share on FacebookShare on Twitter

Resident Evil Village akan hadir ke PSVR dan sudah tentu ramai yang teruja lebih-lebih pemain VR yang telah bermain RE2. Sambutan daripada game VR itu sudah tentu membuatkan Capcom ingin berikan sesuatu yang lebih kepada peminat dengan entri VR baru ini. Semasa di Tokyo Game Show 2022, kami mendapat peluang untuk mencuba RE Village VR menggunakan headset terbaru PSVR2. Ingin tahu bagaimana rasanya bermain game ini bersama peranti hebat ini? Teruskan membaca.

Satu sahaja yang kami boleh katakan mengenai RE Village VR ini. Game dia memang mantap habis. Demo game ini membawa anda kepada permulaan bab di mana anda bertemu dengan Lady Dimitrescu. Anda akan ditarik oleh daughterdan berjumpa dengan Lady Dimitrescu. Kemudian anda akan berlawan dengan lycan dan dikejar oleh daughter.

Senang cerita, ia merupakan sebuah game VR yang cukup lengkap untuk dimainkan. Pelbagai perkara yang anda boleh lakukan seperti menggunakan kombo senjata pistol dan pisau serta senjata lain. Tetapi untuk reload semula pistol agak teknikal kerana anda akan mengeluarkan mag sendiri sebelum masukkan mag yang baru ke dalam pistol. Boleh tahan realistik jugalah aksinya. Inilah masanya untuk cuba reload pistol sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, dalam demo Resident Evil VR ini juga menggunakan grafik hebat dan watak-watak kelihatan sangat bagus. Walaupun mereka berada dekat dengan kita, anda boleh nampak perinciannya yang teliti malah animasinya juga lebih baik berbanding sebelumnya. Contohnya semasa scene di mana mereka menggantung anda dan mengheret anda ke bilik Lady Dimitrescu. Tetapi kalau dalam versi VR ini, banyak kali jugalah anda dicampak ke perabot.

Kalau sudah namanya game VR, sudah tentu anda sendiri terasa seperti berada dalam dunia game tersebut. Memang seram habis ketika bermain. Nak lawan satu lycan sahaja sudah menjadi masalah. Tetapi itulah yang seronok, betul tidak?

Bercerita tentang headset PSVR2 pula, ia sememangnya satu headset VR yang sangat hebat. Asalkan anda menetapkannya dengan baik, pengalaman bermain akan menjadi lancar. Ciri “eye tracking” pada headset juga berfungsi dengan baik. Dengan butang yang dipisahkan pada controller, ia sebenarnya terasa sangat natural ketika digunakan. Ingatkan akan ada masalah untuk menyesuaikan diri nanti. Nasib baik tidak.

Tidak sabar untuk mainkan game ini apabila ia dilancarkan tidak lama lagi. Memang seronok. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuknya. Mungkin akan didedahkan semasa showcase Oktober nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Resident Evil daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident Evil 8: VillageResident Evil VillageResident Evil Village VRVillage VR
Previous Post

[TGS 2022] Preview Like a Dragon: Ishin! – Visual & gameplay hebat seperti Yakuza

Next Post

Preview Forspoken (TGS 2022) – Kombinasi spellcasting & parkour untuk pertempuran fast-paced!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Preview Forspoken (TGS 2022) – Kombinasi spellcasting & parkour untuk pertempuran fast-paced!

Preview Forspoken (TGS 2022) - Kombinasi spellcasting & parkour untuk pertempuran fast-paced!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd