Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Village Gold Edition diumumkan, termasuk DLC Winters’ Expansion

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Village Gold Edition diumumkan, termasuk DLC Winters’ Expansion
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom hari ini mendedahkan info tentang DLC Resident Evil Village dan secara rasmi mengumumkan ‘Gold Edition’ melalui acara Capcom Showcase 2022. Expansion ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian berbeza di mana salah satunya Shadows of Rose, akan memfokuskan pada Rose – anak perempuan Ethan Winters. Resident Evil Gold Edition dan Winters’ Expansion akan dikeluarkan secara serentak pada 28 Oktober 2022.

Untuk content pertama, Capcom akan menambah jalan cerita baharu bertajuk Shadows of Rose. Jalan cerita ini akan memfokuskan sepenuhnya pada Rose, yang juga merupakan anak perempuan Ethan Winters (bagi sesiapa yang tidak tahu).

Berlatarkan 16 tahun selepas peristiwa Resident Evil Village, Shadows of Rose mengikuti perjalanan Rose, ketika dia cuba untuk memahami sumber kuasanya yang misteri. Rose akan memasuki dunia ghaib untuk mencari jawapan kepada masalahnya, tetapi apa yang menanti di sana, nampaknya tidak begitu indah. Rose akan bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang sama dengannya serta berhadapan dengan pelbagai ancaman psikologi apabila dunia itu menyerangnya tanpa berkesudahan.

Shadows of Rose akan berlaku sepenuhnya dalam perspektif third-person, tetapi gameplay dan bagaimana Rose perlu mempertahankan dirinya tidak didedahkan lagi buat masa ini.

Selain itu, mode third-person juga akan ditambahkan pada Resident Evil Village. Ini adalah content ke-2 dalam DLC dan membolehkan pemain mengalami gameplay daripada perspektif baharu. Daripada sudut pandangan first-person, Village kini lebih serupa dengan Resident Evil 4, 5, dan 6.

Akhir sekali, Capcom mengesahkan bahawa mereka akan menambah beberapa kemas kini baharu pada mode Mercenaries dalam Village untuk melengkapkan DLC ini. Penambahan yang paling ketara kepada Mercenaries adalah watak baharu yang boleh dimainkan iaitu Chris Redfield, Lady Dimitrescu dan Heisenberg.

Winters’ Expansion akan merangkumi ketiga-tiga content yang boleh dimuat turun/DLC yang saya sebutkan di atas manakala Resident Evil Gold Edition akan menggabungkan expansion dengan base game.

Resident Evil Village kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One dan PC. Resident Evil Village Gold Edition dan DLC Winters’ Expansion pula akan dikeluarkan secara serentak pada 28 Oktober 2022.

Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCResident Evil VillageResident Evil Village Gold EditionShadows of Rose
Previous Post

[Interview] Exoprimal akan datang dengan pengalaman baru setiap kali bermain!

Next Post

Resident Evil 4 Remake mendedahkan visual baru, suasana gameplay lebih seram berbanding original

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Resident Evil 4 Remake mendedahkan visual baru, suasana gameplay lebih seram berbanding original

Resident Evil 4 Remake mendedahkan visual baru, suasana gameplay lebih seram berbanding original

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd