Resident Evil musim pertama baru sahaja mula ditayangkan di Netflix pada 14 Julai dan 17 Julai 2022 sekali gus melonjak naik ke kedudukan No. 2 pada carta Top 10 Netflix dengan tontonan selama 72.7 juta jam menurut data daripada tarikh 11 Julai sehingga 17 Julai 2022.

Ia merupakan adaptasi live action daripada game Resident Evil dengan berdasarkan cerita yang sama. Berikut adalah sinopsisnya menurut Netflix.
Siri ini akan menceritakan kisah baru di antara dua garis masa berbeza: 2022 dan 2036. Dalam 2022, sepasang adik-beradik 14 tahun bernama Jade dan Billie Wesker dipindahkan ke New Raccoon City. Tetapi semakin lama mereka di sana, semakin mereka sedar bahawa bandar itu bahaya dan bapa mereka mungkin menyembunyikan rahsia gelap.
Lonjak ke 2036, penghuni bumi sekarang tidak cecah 15 juta orang manakala lebih daripada 6 bilion raksasa — termasuk manusia dan haiwan telah dijangkiti oleh T-virus. Jade, kini berusia 30 tahun, bergelut untuk terus hidup di dunia baru ini, manakala rahsia masa lalunya — tentang kakaknya, bapanya dan dirinya — terus menghantui.

Itu baru kedudukan No. 2. Bagaimana pula dengan kedudukan No. 1 dan lain-lain? Bagi kedudukan No. 1 tidak lain tidak bukan adalah Stranger Things 4 yang telah menjuarai carta Top 10 selama 8 minggu berturut-turut. Walaupun telah dikeluarkan lama, siri tersebut masih raih tontonan yang tinggi selama 102.3 juta jam.
Dalam carta Top 10 itu, kita boleh lihat yang siri Stranger Things mendominasi carta bukan sahaja dengan musim 4 tetapi daripada musim 1 hingga 3. Bagi Stranger Things 1, siri ini telah ditonton selama 31.5 juta jam dalam masa seminggu dan menduduki tempat No. 6. Manakala Stranger Things 2 pula telah menduduki No. 4 dengan tontonan sebanyak 33.7 juta jam dan Stranger Things 3 telah berada di No. 5 dengan sebanyak 33 juta jam tontonan.

Selain itu, Manifest musim 1 telah dibangkitkan semula dengan tontonan sebanyak 38.2 juta jam sekali gus menduduki tempat No. 3. Sebelum ia dimasukkan ke Netflix, ia pernah ditayangkan di NBC selama tiga musim dan dibatalkan pada tahun 2021. Selepas melihat prestasi siri ini, Netflix menyambung siri tersebut dengan mengeluarkan musim ke-4 dan terakhir pada musim luruh 2022. Ia akan terbahagi kepada 2 bahagian.

Tidak ketinggalan juga, The Umbrella Academy musim 3 pada No.7 dengan sebanyak 27.2 juta jam tontonan, Kungfu Panda: The Dragon Knight musim 1 dengan kedudukan No. 8 (21.1 juta jam), Boo, Bitch: Limited Series di kedudukan No. 9 (20.6 juta jam) dan kedudukan No. 10 adalah Alone musim 8 dengan tontonan sebanyak 15.5 juta jam.

Jadi bagaimana? Adakah anda salah seorang penonton yang menyumbang jumlah jam kepada siri-siri tersebut di Netflix? Jika ya, baguslah kerana anda memilih untuk tidak mencetak rompak dan menonton siri-siri tersebut di saluran rasmi. Anda ada yang menonton siri adaptasi Netflix Resident Evil? Jom, kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Netflix, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post