Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Kembali dengan Filem CGI Baru Bertajuk “Death Island”! Akan Ditayangkan Pada 2023!

Maira by Maira
February 8, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Resident Evil Kembali dengan Filem CGI Baru Bertajuk “Death Island”! Akan Ditayangkan Pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Sony Pictures Entertainment akan membawa satu lagi filem CGI untuk francais game seram Resident Evil (RE). Bertajuk “Resident Evil: Death Island”, ia merupakan sebuah filem sekuel kepada filem RE: Vendetta yang dikeluarkan pada 2017. Anda boleh menonton trailer filem tersebut di bawah.

Filem terbaru ini menjadi filem keempat siri Resident Evil yang dihasilkan, bermula daripada RE: Degeneration, RE: Damnation dan RE: Vendetta. Trailer baru itu memaparkan watak-watak penting seperti Jill Valentine, Leon S. Kennedy dan Chris Redfield.

Resident Evil Death Island

Ia akan diarahkan oleh Eiichiro Hasumi dan ditulis oleh Makoto Fukami, filem ini akan tersedia di seluruh dunia oleh Sony Pictures Home Entertainment. Memandangkan filem RE: Vendetta pernah ditayangkan di Malaysia, ada kemungkinan besar filem baharu ini turut tersedia di pawagam nanti. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya.

Resident Evil Death Island

Seperti yang diumumkan, filem Resident Evil: Death Island akan ditayangkan pada musim panas tahun ini. Tarikh tayangan masih belum didedahkan. Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut.

Leon S. Kennedy, ejen D.S.O. sedang dalam misi untuk menyelamatkan Dr. Antonio Taylor daripada penculik, apabila seorang wanita misteri menghalang pengejarannya. Sementara itu, ejen B.S.A.A. Chris Redfield sedang menyiasat wabak zombi di San Francisco, di mana punca jangkitan tidak dapat dikenal pasti. Satu-satunya persamaan mangsa ialah mereka semua melawat Pulau Alcatraz baru-baru ini. Berikutan petunjuk itu, Chris dan pasukannya menuju ke pulau itu, di mana sesuatu yang baharu dan menyeramkan menanti mereka.

Resident Evil Death Island

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident EvilResident Evil: Death Island
Previous Post

Endling – Extinction is Forever kini boleh didapatkan di iOS & Android!

Next Post

Nintendo Switch kini konsol ke-3 paling terlaris di dunia – melepasi PS4, Game Boy!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nintendo Switch kini konsol ke-3 paling terlaris di dunia – melepasi PS4, Game Boy!

Nintendo Switch kini konsol ke-3 paling terlaris di dunia - melepasi PS4, Game Boy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd