Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 8 dedahkan info Winters’ Expansion, RE4 Remake juga tersedia di PS4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2022
in Artikel, Berita, DLC, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 8 dedahkan info Winters’ Expansion, RE4 Remake juga tersedia di PS4
Share on FacebookShare on Twitter

Resident Evil Village telah menjual lebih daripada 6 juta salinan di seluruh dunia, dan tidak lama lagi kita akan dapat menikmati lebih banyak lagi gameplay seram survival apabila DLC Winters’ Expansion tiba pada 28 Okt 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan Steam.

Shadows of Rose

Kisah baharu “Shadows of Rose”, yang berlaku 16 tahun selepas cerita utama, menggambarkan kisah anak perempuan Ethan “Rosemary Winters” yang kini sudah remaje. Rose terganggu dengan “kuasa” istimewa yang dimilikinya dan memutuskan untuk memasuki alam memori Megamycete, “Realm of Consciousness”.

Di dunia ini, semua makhluk asing sedang mencari Rose. Face Eater yang berkeliaran di istana adalah makhluk menakutkan yang menyedut roh daripada “wajah-wajah” yang hidup.

Satu-satunya perkara yang boleh melindungi Rose ialah pistol, sejumlah kecil peluru, dan First Aid Med di mana dia mesti menggunakan sebaik mungkin sumber yang terhad untuk bertahan hidup.

“Kuasa” yang dibenci Rose amat membantu di dunia ini. Gunakan kuasa itu untuk menghentikan pergerakan Face Eater, serang titik kelemahan dan tumbangkan musuh dengan cepat.

Di Realm of Consciousness, selain daripada makhluk asing, terdapat pelbagai halangan yang Rose perlu hadapi. Musnahkan “Mold Core” dengan “kuasa” Rose dan buka jalan ke hadapan.

Third Person Mode

Mod third person yang ditunggu-tunggu telah dilaksanakan! Anda boleh bermain story mode Resident Evil Village dari perspektif  third person Ethan. Pemain baru dan lama boleh alami bersama kesungguhan Ethan untuk terus hidup dalam suasana baharu.

Tambahan watak – The Mercenaries Additional Orders

Chris Redfield :adalah pakar dalam senjata api dan pertempuran jarak dekat dengan badan yang kuat. Skill “straight punch” yang merupakan penumbuk maut mempunyai kuasa damage yang tinggi, dan pasti boleh mengalahkan kebanyakan musuh.

Lady Dimitrescu: mempunyai ketinggian 9 kaki, dan anda pasti boleh merasai perbezaan ketinggian dengan musuh. Gauge di bahagian bawah skrin menunjukkan Thrill, dan semakin tinggi Thrill, semakin besar kemungkinan untuk dia melancarkan serangan kuat (menyeru sekumpulan serangga untuk menghapuskan musuhnya).

Karl Heisenberg: Senjata utama adalah sebuah tukul yang boleh dihayun tanpa henti untuk menyerang musuh dan membina cas elektrik. Jika anda mengumpul cas elektrik yang mencukupi dan mengayunkannya, anda boleh memukul musuh di sekeliling dengan kejutan elektrik yang kuat.

Resident Evil 4 Remake tambah platform PS4

Resident Evil 4 Remake akan dilancarkan untuk PlayStation 4 bersama versi PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam) yang diumumkan sebelum ini apabila ia dilancarkan pada 24 Mac 2023.

Capcom mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan live stream Resident Evil Showcase pada bulan Oktober untuk berkongsi lebih banyak berita mengenai Winters’ Expansion dan banyak lagi. Buat masa ini, tarikh rasmi untuk acara belum diumumkan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident Evil Village
Previous Post

[TGS 2022] Exoprimal: Trailer Cerita, Watak dan Exosuit Baru Diperkenalkan!

Next Post

[TGS 2022] Mega Man Battle Network Legacy Collection Hadir Dengan Ciri Online Battle dan Navi 3D Mega Man.EXE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[TGS 2022] Mega Man Battle Network Legacy Collection Hadir Dengan Ciri Online Battle dan Navi 3D Mega Man.EXE!

[TGS 2022] Mega Man Battle Network Legacy Collection Hadir Dengan Ciri Online Battle dan Navi 3D Mega Man.EXE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd