Hari ini, Capcom telah memberikan pandangan pertama untuk Resident Evil 4 remake “VR Mode” yang dibuat khas untuk PlayStation VR2. Merupakan update percuma untuk pemilik game Resident Evil 4 versi PS5, mereka menunjukkan teaser gameplay pendek yang saya sertakan di bawah:
Bak kata Capcom, kita boleh mengalami setiap misi Leon daripada jalan cerita utama melalui Resident Evil 4 VR Mode. Sebanyak mana kandungan yang ditambah atau terpaksa dibuang tidak diketahui, tetapi hal ini akan dijelaskan pada masa akan datang.
Oleh kerana game ini berlangsung secara VR, perspektif telah berubah daripada third person kepada first-person view yang sepenuhnya mengasyikkan. Dari sudut pandangan Leon, kini pemain boleh melihat butiran dan suasana persekitaran dengan “mata sendiri”.

Salah satu tema gameplay RE4 VR adalah untuk mendalami genre game original iaitu survival horror – jadi unsur seram, ketakutan dan intensiti kini lebih ketara dan apabila dimainkan dalam VR, pemain boleh menikmati unsur-unsur itu dengan lebih realistik. – CAPCOM

Daripada segi sistem pertempuran, Leon dibekalkan dengan pisau ikoniknya, yang boleh anda hayun dengan lebih bebas dalam VR. Selain pisau, kita dapat menggunakan pelbagai senjata lain seperti pistol, senapang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, video teaser juga menunjukkan bagaimana controller PlayStation VR2 Sense membuatkan sistem gameplay penting, seperti menangkis (parry) serangan musuh dan mengelak (dodge), lebih intuitif.
Dengan semua penambahan ini, RE4 Mode VR benar-benar telah berkembang menjadi pengalaman yang sangat realistik.

Buat masa ini, Resident Evil 4 VR Mode masih dalam pembangunan, jadi sila nantikan maklumat lanjut tentang tarikh keluaran dan info lain daripada Capcom pada masa akan datang. Baca segala berita kami tentang RE4 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post