Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Remake akan keluar 24 Mac 2023, RE Village akan sokong VR

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 4 Remake akan keluar 24 Mac 2023, RE Village akan sokong VR
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom secara rasmi mengumumkan Resident Evil 4 akan menerima remake untuk konsol PS5 di acara State of Play hari ini di mana ia akan dilancarkan pada 24 Mac 2023. Bukan itu sahaja, Capcom juga sedang mengusahakan kandungan eksklusif untuk Resident Evil 4 Remake bagi headset PS VR2 akan datang.

Berikut adalah trailer rasmi:

Daripada apa yang korang boleh lihat, Capcom telah membuat beberapa perubahan di Resident Evil 4, terutamanya memberi suasana yang lebih seram seperti yang ditunjukkan dalam treler. Protagonis Leon S. Kennedy telah direka bentuk semula, manakala penduduk kampung Las Plagas kini kelihatan lebih mengancam.

Sama seperti versi original, Leon Kennedy telah ditugaskan untuk menyelamatkan anak perempuan presiden, Ashley, yang telah hilang di Eropah. Semasa dalam pencarian, Leon akhirnya tiba di sebuah perkampungan berbahaya yang dihuni oleh individu-individu yang dijangkiti oleh Las Plagas. Leon mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan penduduk kampung ini dan pemimpin mereka, di mana trailer baru menunjukkan kelibat Bitores Mendez, juga dikenali sebagai “The Big Cheese.”

Selain itu, dua expansion DLC Resident Evil 4: Assignment Ada dan Separate Ways, juga akan digabungkan ke dalam kempen utama untuk pengalaman yang lebih menyeluruh.

Seperti saya kata di atas, Sony turut mendedahkan versi VR untuk RE 4 Remake sedang dibangunkan untuk PSVR2. Info lain mengenai projek itutidak didedahkan, tetapi memandangkan segala game RE VR sangat berjaya, ia berkemungkinan besar pun akan jadi popular di kalangan peminat seram.

Sekali lagi saya ingatkan, Resident Evil 4 akan dilancarkan pada 24 Mac 2023 untuk PC, PS5 dan Xbox Series X.

Selain remake, Capcom juga telah mengumumkan bahawa Resident Evil Village boleh dimainkan sepenuhnya secara VR di PSVR 2. Peminat Resident Evil pasti tahu yang Resident Evil 7: Biohazard adalah salah satu game VR pertama yang sepenuhnya menggunakan sistem PSVR 1, tetapi peminat kini akhirnya boleh mengalami “Village” dalam cara yang baru.

Malangnya, mereka tidak dedahkan bila RE Village VR akan dikeluarkan, tetapi itupun kerana Sony masih belum mengumumkan tarikh keluaran untuk konsol PSVR 2.

Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Sumber – PlayStation

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Resident Evil 4 Remake
Previous Post

Gambar sensor anime SPY x FAMILY bikin kecoh, rupa-rupanya palsu!

Next Post

Spider-Man Remastered & Spider-Man: Miles Morales akan hadir ke PC tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Spider-Man Remastered & Spider-Man: Miles Morales akan hadir ke PC tahun ini!

Spider-Man Remastered & Spider-Man: Miles Morales akan hadir ke PC tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd