Selepas kejayaan Resident Evil 2 Remake pada tahun lalu, ramai peminat menantikan jalan penceritaan Jill Valentine menentang si kejam Nemesis, melalui jalanan yang banyak tempuran diantara manusia dan makhluk-makhluk beserta zombi, kesemua ini akan terjadi dalam Resident Evil 3 Remake yang meneruskan sirinya untuk dibuat semula sesuai untuk konsol kita masa kini!
Hari ini, Capcom pula secara rasmi memberi berita baik pada pemain bahawa Resident Evil 3 Remake akan ada demo tidak lama lagi! Resident 3 Remake ini sudah tentu akan ada beberapa perubahan dari yang asal, grafik memang 100% lah, selain itu terdapat juga permainan asimetris multiplayer mode bersama permainan ini iaitu Resident Evil: Resistance, dimana seorang pemain menjadi Mastermind, 4 lagi pemain akan mencuba untuk larikan diri dari Mastermind.
https://twitter.com/RE_Games/status/1232334712275861508
Kini, kurang dari 6 minggu untuk pelancaran rasminya iaitu 3 April 2020 ini, pengumuman demo yang akan hadir ini nyata membuat peminat makin teruja. Walaupun permainan berlaku di bandar yang sama dan mempunyai beberapa elemen yang serupa seperti antagonis yang besar dan berterusan, cerita-cerita itu agak berbeza. Resident Evil 3 juga merupakan yang terakhir dari tajuk Resident Evil klasik yang sebenar sebelum francais mula bereksperimen dengan tajuk susulan seperti Code: Veronica dan Resident Evil 4.
Jadi jangan lupa untuk terus kemaskini dengan Capcom atas kehadiran demo nya dalam masa yang terdekat ini! Jangan lupa pelancaran permainan penuh adalah 3 April 2020 dan akan keluar untuk platform PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post