Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 2, Resident Evil 3 & Resident Evil 7 kini tersedia di PS5 dan Xbox Series

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 2, Resident Evil 3 & Resident Evil 7 kini tersedia di PS5 dan Xbox Series
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat berita tentang DLC Resident Evil Village dan beberapa maklumat baru tentang Resident Evil 4 Remake di acara Showcase 2022 hari ini, Capcom secara rasmi mengumumkan bahawa Resident Evil 2, Resident Evil 3 dan Resident Evil 7 kini tersedia untuk download di platform PS5 dan Xbox Series.

Korang boleh tonton trailer rasmi di bawah:

Buat sesiapa yang sudah memiliki Resident Evil 2, Resident Evil 3 atau Resident Evil 7 biohazard di PlayStation 4 atau Xbox One, korang boleh menaik taraf/upgrade kepada versi PS5 atau Xbox Series secara percuma. Pada masa yang sama, pemain PC juga akan menerima patch update hari ini.

Resident 2 Remake keluar pada tahun 2019, Resident Evil 3 Remake pula muncul pada tahun 2020, dan Resident Evil 7 dilancarkan seawal tahun 2017. Ketiga-tiga game nampak agak moden, tetapi sudah tentu ia rasa lebih bagus untuk bermain di versi yang lebih cantik dan digilap. Seperti yang didedahkan oleh Capcom sebelum ini, versi next-gen bagi ketiga-tiga game ini akan menampilkan sokongan 4K, “framerate yang tinggi,” teknologi ray-tracing dan audio 3D.

Resident Evil 2, Resident Evil 3 dan Resident Evil 7: Biohazard semuanya adalah kejayaan kritikal dan komersial untuk Capcom, dan upgrade ini mungkin dapat meyakinkan beberapa gamer baharu untuk mencuba francais seram tersebut. Lagipun, Resident Evil 2 dan Resident Evil 3 sering mendapat diskaun kebelakangan ini, jadi tidak susah untuk mendapatkan mana-mana game yang korang mahu pada harga yang lebih murah.

Buat sesiapa yang teringin untuk cuba tetapi sehingga hari ini tidak berpeluang, ini versi paling hebat setakat ini untuk korang mendalami siri ini.

Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

BELI DI PS Store!!
BELI DI PC via Steam!!
Resident Evil 3 Remake
Developer: CAPCOM
Release Date: 2020-04-03
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Residen Evil 3, permainan video seram yang selamat yang dikeluarkan untuk PlayStation pada tahun 1999 dan dihasilkan semula tahun ini Ia termasuk mod multiplayer dalam talian, Resident Evil: Resistance
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Resident Evil 2Resident Evil 3Resident Evil 7Xbox Series
Previous Post

Resident Evil 4 Remake mendedahkan visual baru, suasana gameplay lebih seram berbanding original

Next Post

PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan filem tempatan, KL Gangster!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan filem tempatan, KL Gangster!

PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan filem tempatan, KL Gangster!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd