Demon Slayer sememangnya popular dalam komuniti anime dan fandomnya juga boleh tahan ramai juga. Sudah tentu masing-masing mempunyai pendapat dan watak yang disukai dalam siri tersebut. Baru-baru ini, berlaku “perang” kecil dalam komuniti Demon Slayer mengenai dua Hashira hebat iaitu Rengoku dan Tengen. Ingin tahu apa jadi? Jom, kami ceritakan secara ringkas pada anda tentang perang Rengoku vs Tengen ini.

Sebelum musim kedua bermula, kita disajikan dengan Mugen Train arc dalam bentuk episod, yang memperkenalkan Rengoku, Flame Hashira. Popularitinya memang melonjak semasa arc itu berlangsung. Selepas itu, kita pula diperkenalkan dengan Tengen yang juga seorang Hashira dalam Entertainment District arc. Kedua-dua Hashira ini boleh dikatakan mempunyai kekuatan yang setanding dan disebabkan itulah peminat mereka mula berdebat mengenainya.

Melalui siaran Reddit, pengguna @KnYChan2 telah mengongsikan satu teori mengatakan bahawa kekuatan Tengen jauh lebih hebat daripada Rengoku. Dari sinilah bermulanya “perang” kecil yang kami sebutkan di atas. Masing-masing telah memberikan komen mengenai kedua-dua Hashira tersebut dan cuba pertahankan Hashira kegemaran mereka.
Berikut ialah antara komen yang diberikan dalam siaran Reddit tersebut:
“Akaza lagi kuat daripada Gyutaro. Jadi, Rengoku lagi hebat daripada Tengen.”
“Match up antara demon dan Hashira memainkan peranan penting.”
“Akaza main-main semasa lawan Rengoku. Gyutaro pula berhabis-habisan melawan Tengen. Memang betul Tengen bantu orang lain semasa berlawan tetapi dia dibantu semula. Rengoku pula lawan berseorangan.”
“Rengoku punya level hampir sama dengan Tengen kalau kita abaikan kekebalan racun yang dimiliki Tengen. Tetapi, sudah tentu Rengoku tiada peluang menentang Gyutaro.”
“Memang tidak salah kenyataan itu.”
“Rengoku hampir kalahkan Akaza tetapi kekuatannya mungkin tidak setanding langsung.”

Anda boleh pergi ke sub Reddit itu sendiri kalau ingin membaca komen lebih mengenai perdebatan Rengoku vs Tengen. Alang-alang itu sediakan popcorn. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post