Semasa The Game Awards 2022 berlangsung, Gearbox Publishing dan Gunfire Game mengambil kesempatan untuk mengumumkan Remnant II dan akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC pada tahun 2023.
Remnant II ialah sekuel kepada Remnant: From the Ashes di mana mangsa manusia yang terselamat dengan makhluk maut baharu dan god-like bosses merentasi dunia yang menakutkan. Anda boleh bermain secara solo atau ajak dua kawan lain untuk sertai anda dalam meneroka dunia yang luas dan hentikan kejahatan daripada memusnahkan dunia. Berikut adalah ciri-ciri penting Remnant II:

- Pengalaman pertempuran yang sengit
- Gabungan pertarungan jarak dekat dan jauh yang teratur dengan musuh yang licik dan pertempuran bos berskala besar. Pilih gear dan senjata khusus yang bersesuaian dengan gaya pertarungan anda.
- Dunia baharu untuk dijelajah
- Pemain boleh mengembara sendirian atau bersama rakan sebagai satu pasukan melalui dunia baharu yang pelik dan hapuskan semua musuh yang menghalang perjalanan anda. Terdapat pelbagai dunia untuk diterokai dengan pelbagai makhluk, senjata dan item.
- Replayability tanpa henti
- Quest yang bercabang, crafting, augment dan item ganjaran yang banyak . Pelbagai cerita yang dimuatkan di seluruh dunia yang berbeza.
- Progress Archetypical baharu
- Sistem Archetype yang diperluaskan menyediakan pemain dengan bonus pasif yang unik dan kuasa yang menakjubkan. Pelbagai Archetype yang boleh dibuka semasa bermain.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mempunyai tarikh rasmi bagi pelancaran Remnant II. Walau bagaimanapun, Remnant II akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post