THQ Nordic mengesahkan mereka sedang mengusahakan untuk membawa masuk Remnant: From the Ashes ke Nintendo Switch tidak lama lagi. Game ini sebenarnya telah dilancarkan pada 16 Ogos 2019 di PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.
Tentang game

Dunia telah dilemparkan ke dalam huru-hara oleh kejahatan purba dari dimensi lain. Sebagai salah seorang yang tinggal, anda mesti pergi bersendirian atau bersama dua orang yang terselamat untuk menghadapi gerombolan musuh yang boleh membawa maut untuk cuba membina semula dan mengambil semula apa yang telah hilang.
Ciri-ciri penting

- Terokai dunia yang dijana secara dinamik yang berubah setiap kali anda bermain, mencipta peta baharu, pertemuan musuh, peluang pencarian dan acara in-world.
- Atasi musuh dan bos epik untuk mendapatkan EXP, loot berharga dan bahan upgrade yang boleh anda gunakan untuk membina senjata, perisai dan pengubahsuaian.
- Bekerjasama sehingga dua pemain lain untuk meningkatkan peluang anda untuk terus hidup. Kerja berpasukan diperlukan untuk mengharungi cabaran paling sukar dalam game dan membuka ganjaran terbesar.
Buat masa sekarang, mereka mengatakan yang Remnant: From the Ashes sedang dalam development untuk dibawa masuk ke Nintendo Switch. Namun, tarikh pelancaran masih tidak diumumkan lagi. Jadi mari kita sama-sama untuk nantikan tarikh pelancaran game ini di Nintendo Switch.
Remnant: From the Ashes boleh didapatkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam sekarang!
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post