SIri Rurouni Kenshin ataupun lebih dikenali sebagai Samurai X akan mendapat adaptasi anime baru pada tahun 2023. Kalau anda ingin tahu, adaptasi terbaru ini merupakan remake yang akan mengikut manga bermula daripada bab pertama. Bersama-sama pengumuman ini, trailer rasmi dan visual utama untuk anime tersebut telah didedahkan. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah:
Animasi anime Rurouni Kenshin remake ini akan dihasilkan oleh LIDEN FILMS. Staf utama termasuk Hideyo Yamamoto sebagai pengarah, Hideyuki Kurata sebagai komposer siri, Terumi Nishii sebagai pereka watak dan Yu Takami sebagai komposer muzik. Watak Kenshin Himura dan Kaoru Kamiya akan masing-masing dibawa oleh Soma Saito dan Rie Takahashi.
Berikut adalah sinopsis ringkas tentang siri Rurouni Kenshin:
Pada tahun-tahun terakhir era Bakumatsu, terdapat seorang pembunuh upahan legenda yang dikenali sebagai Hitokiri Battousai. Ditakuti sebagai pembunuh tanpa belas kasihan, dia tidak dapat ditandingi di seluruh negara, tetapi secara misteri menghilangkan diri pada kemuncak Revolusi Jepun. Walaupun 10 tahun berlalu, nama Battousai masih menimbulkan ketakutan di hati veteran perang.
Tanpa mereka sedari, Battousai telah meninggalkan kehidupan lama yang kejam dalam usaha untuk bertaubat atas dosa-dosanya, dan kini hidup sebagai Kenshin Himura, seorang ronin dengan sikap ceria dan semangat yang teguh. Bersumpah tidak akan membunuh lagi, Kenshin mendedikasikan dirinya untuk melindungi yang lemah.
Suatu hari, dia terserempak dengan Kaoru Kamiya di dojonya, sedang diancam oleh seorang penyamar yang mendakwa dirinya Battousai. Selepas dibantu oleh Kenshin, Kaoru membenarkan dia tinggal di dojo.

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Nobuhiro Watsuki. Siri ini mempunyai lebih 73 juta salinan yang diedar ke seluruh dunia. Warner Bros. Pictures mengeluarkan adaptasi filem live action pada tahun 2012. Ansuran keempat telah dikeluarkan baru-baru ini pada 23 April 2021 di Jepun dan tersedia di Netflix.
@gamersantaimy
Discussion about this post