Marvel telah melepaskan trailer terbaru untuk Ant-Man and the Wasp: Quantumania menjelang tayangannya pada Februari ini. Dalam trailer tersebut peminat telah didedahkan dengan pelbagai perkara, termasuklah reka bentuk MODOK, salah seorang villain dalam dunia Marvel. Setelah penampilannya dalam komik dan siri animasi, akhirnya MODOK tiba dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Tidak lama trailer Ant-Man and the Wasp: Quantumania dikeluarkan, laju sahaja peminat mengesan MODOK. Memandangkan watak kepala besar tersebut memang kelihatan pelik daripada awal, sudah tentu watak tersebut direka menggunakan CGI. Seperti biasa, ada sahaja peminat yang tidak menggemari VFX filem tersebut.
Walaupun begitu, ramai sahaja peminat yang suka dan memuji reka bentuknya dalam filem kerana ianya hampir sama seperti komik. Mereka menyokong reka bentuk tersebut kerana watak MODOK sepatutnya kelihatan hodoh dan pelik.
Lebih lawak apabila ada yang menyamakan MODOK dengan Mr. Electric daripada filem “SharkBoy and LavaGirl”. Anda boleh melihat persamaannya, di mana kedua-dua watak tersebut mempunyai kepala yang besar serta badan yang kecil dan boleh terapung.
Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi peminat Marvel dilihat sering berbalah mengenai perbezaan reka bentuk antara filem dan komik. Ada peminat yang meminta supaya filem menggunakan reka bentuk asal komik manakala yang lain pula berpendapat bahawa filem tidak perlu mengikut sumber asal daripada komik. Filem-filem MCU juga selalu lain berlainan daripada komik dengan perubahan jalan cerita atau reka bentuk beberapa watak.

Apa pun, kita nantikan sahaja filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2023. Kami pasti anda juga ramai yang tidak sabar untuk menontonnya. Pertaruhan kali ini juga nampak agak tinggi lebih-lebih lagi bertemu dengan Kang the Conqueror, villain terhebat selepas Thanos. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post