Minggu lepas, manga My Hero Academia telah kembalikan Shigaraki setelah dia diambil alih oleh All For One sekejap. Peminat memang teruja untuk melihat sambungan kepada pertarungan antara Deku dan Shigaraki. Malangnya, minggu ini manga My Hero Academia tiada bab terbaru dan ditunda selama dua minggu kerana masalah kesihatan pelukis manga, Horikoshi Kohei.

Dengan penamat manga semakin menghampiri, rasanya para peminat tahu bahawa pelukis itu telah memberikan hasil yang terbaik dan konsisten sepanjang minggu. Jadi rasanya lebih baik manga tersebut direhatkan sementara.

Sementara menunggu bab baru keluar, bolehlah layan siri animenya. Dengan tayangan musim 6 di pelbagai platform, kita melihat pasukan Hero dan Villain melawan antara satu sama lain. Bahagian kedua untuk musim ini juga sudah mula ditayangkan sejak awal Januari yang lalu.

Manga My Hero Academia telah memasuki “Final Act” pada Mac 2021. Siri itu telah dilancarkan dalam majalah Weekly Shonen Jump pada Julai 2014. Anda boleh membaca manga ini secara percuma menggunakan platform rasmi Shueisha iaitu MangaPlus, yang memberikan terjemahan Inggeris kepada pembaca. Berikut adalah sinopsis untuk manga menurut MangaPlus:
Pelajar sekolah menengah, Midoriya Izuku mahu menjadi seorang hero lebih daripada segala-galanya, tetapi dia tidak mempunyai sedikit pon kuasa dalam dirinya. Tanpa peluang untuk memasuki U.A. yang berprestij. Sekolah untuk hero baru, hidupnya nampaknya mencapai jalan buntu. Kemudian, dia bertemu dengan All Might, hero terhebat mereka semua, memberinya peluang untuk mengubah nasibnya…

Untuk liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post