Semalam, Xiaomi mengumumkan bahawa smartphone entry-level hebat Redmi 12 5G kini boleh didapati di Malaysia melalui pelan postpaid Celcom dan Digi. Menawarkan sambungan 5G yang lancar, reka bentuk elegan dan pengalaman pengguna yang solid, anda boleh memperoleh peranti ini pada harga semurah RM49.
Dikuasakan oleh Snapdragon 4 Gen 2 Mobile Platform, Redmi 12 5G menawarkan pemproses 4nm dengan dua performance core dan enam efficiency core, masing-masing memberikan kelajuan sehingga 2.2GHz dan 2.0GHz.
Menawarkan 8GB RAM dengan memori tambahan, anda boleh mengalami prestasi peringkat tinggi dan kelajuan 5G pada harga yang berpatutan. Selain itu, peranti ini menyokong storan sehingga 1TB, untuk memastikan semua aplikasi, game dan kandungan kegemaran berada di hujung jari.

Tersedia dalam tiga warna – Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver, Redmi 12 5G dilengkapi dengan panel belakang kaca premium dan deko kamera bentuk ‘inifnite’. Dengan kenipisan hanya 8.17mm, telefon ini menampilkan skrin DotDisplay FHD+ 6.79” dan resolusi 2460×1080, untuk memberi pengalaman menonton yang memenuhi semua keperluan hiburan anda.
Telefon ini diperakui SGS Low Blue Light bersama dengan Reading mode 3.0 terkini. Selain itu, dengan penarafan IP53, ia dibina untuk menapis habuk dan air pada bila-bila masa.

Redmi 12 5G menampilkan sistem dwi kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera depth 2MP yang memberikan bokeh semula jadi, di mana anda boleh melancarkan kreativiti fotografi dalam mod HDR, mod malam atau mod potret dan menangkap video dengan mod movie frame atau time-lapse.
Peranti ini turut mempunyai port pengecasan pantas 18W Type-C dan bateri 5,000mAh untuk memastikan kita tidak keseorangan sepanjang hari. Menurut data oleh Xiaomi, ia menyokong sehingga 23 hari dalam mod standby, 179 jam untuk muzik tanpa henti, 32 jam bagi sesi membaca dan 27 jam tontonan video.
Redmi 12 5G juga menyokong bicu 3.5mm dan NFC untuk kemudahan tambahan malah boleh bertindak sebagai alat kawalan jauh IR untuk peranti lain yang berada di rumah.

Harga dan ketersediaan
Redmi 12 5G (8GB+256GB) kini boleh didapati di Malaysia melalui pelan postpaid Celcom dan Digi. Mereka yang berminat boleh mengunjungi kedai Celcom atau Digi berhampiran.
Berikut adalah isi butiran:
Pelan | Pelan bulanan | Tempoh kontrak | Bayaran Pendahuluan |
Celcom MEGA 98 | RM 98/month | 24-months | RM 49 |
Digi Postpaid 90 | RM 90/month | 24-months | RM 49 |
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Xiaomi, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post