Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Record of Ragnarok: Ulasan setiap pertarungan Manusia vs Dewa di musim pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Record of Ragnarok: Ulasan setiap pertarungan Manusia vs Dewa di musim pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Record of Ragnarok adalah anime aksi terbaru di Netflix yang diadaptasikan daripada manga dengan nama yang sama. Walaupun menerima campuran ulasan positif dan negatif, kita harus mengakui ia mempunyai latar belakang yang unik kerana ia melibatkan dewa dan mitologi dari seluruh dunia. Di sini, saya akan memberi ulasan ringkas untuk setiap pertarungan bagi musim pertama Record of Ragnarok!

Anime setakat ini menampilkan tiga perlawanan antara manusia dan dewa untuk musim pertama. Pertarungan pertama adalah antara dewa petir, Thor menentang jeneral legenda China, Lu Bu, kuno. Pertarungan kedua menampilkan raja dewa dari mitologi Yunani, Zeus menentang manusia pertama di bumi, Adam. Akhir sekali untuk pertarungan ketiga adalah antara dewa laut, Poseidon menentang pendekar pedang paling terkenal dalam sejarah Jepun, Sasaki Kojiro. Harap maklum! Sinopsis ini mengandungi SPOILER BESAR.

*Saya tidak akan kaitkan watak-watak ini dengan mana-mana agama sehingga terlalu khusus dan hanya akan menggambarkan mereka seperti apa yang dilihat dalam anime*

Lu Bu vs. Thor

Sebagai pertarungan pertama, Lü Bu vs. Thor sebenarnya adalah permulaan yang agak mengecewakan, terutamanya kerana rentak naratif yang lemah dan kualiti animasi yang rendah. Pertarungan ini sepatutnya antara dua pahlawan paling kuat dari setiap pihak. Oleh itu, ia harus menunjukkan betapa hebatnya pertarungan antara manusia dan dewa. Malangnya, animasinya menurunkan skala kualiti dan merosakkan kehebatan Lü Bu dan Thor, melalui animasi ala-ala slideshow.

Selain itu, Lu Bu dan Thor mempunyai persamaan dari segi keperibadian. Disebabkan kedua-duanya terlalu kuat, mereka sentiasa bosan dan tidak dapat mencari pesaing yang setaraf… sehinggalah mereka saling bertemu. Persahabatan dan perasaan saling menghormati yang terjalin semasa pertarungan ini boleh digambarkan dengan lebih bermakna, tetapi sayangnya, kelihatan sedikit superfisial.

Namun, kualiti pertarungan ini berjaya memenangi hati saya pada akhir pertarungan ketika Lu Bu mati di tangan Thor. Seluruh askar Lu Bu, bersama dengan kuda kesayangannya, Red Hare, meminta Thor untuk menamatkan hidup mereka supaya mereka dapat bersama dengan jeneral tersebut di alam seterusnya. Sebagai penghormatan, Thor setuju dan membunuh semua askar Lü Bu di mana mereka mati sambil mengukirkan senyuman. Ini adalah adegan yang paling saya suka dalam pertarungan ini dan menunjukkan risiko yang dialami oleh pihak manusia dalam kejohanan Record of Ragnarok.

Adam vs. Zeus

Sekiranya saya ingin menilai, pertarungan terbaik dalam Record of Ragnarok adalah pertarungan antara Adam dan Zeus. Sebagai raja kepada semua dewa, Zeus amat sombong dan egois. Ketika masuk ke arena, dia disambut dengan meriah oleh para dewa lain dan ditemani dengan bunga api. Sebaliknya, Adam digelar sebagai sebagai pembenci terbesar kepada para dewa. Ketika memasuki arena, dia makan sebiji epal (dianggap sebagai buah terlarang) lalu meludah untuk menunjukkan perasaan  jijiknya terhadap semua dewa. Sebagai manusia pertama di bumi, dia anggap ini adalah tanggungjawabnya untuk melindungi umat manusia dari dipupuskan. Dengan kasih sayang yang tinggi kepada manusia, dia melangkah masuk ke dalam arena.

Pada awal pertarungan, kita melihat keagungan Zeus yang kelihatan lebih kuat daripada Adam. Namun, Adam memiliki abiliti “Divine Reflection”, yang membolehkan dirinya meniru segala abiliti dari para dewa. Oleh itu, Adam bukan hanya dapat meramal dan mengelak setiap serangan Zeus, tetapi dia juga dapat melakukan serangan yang sama dan memantulkannya kembali ke Zeus. Adam tiba-tiba dapat menguasai semula rentak pertarungan.

Malangnya, kekuatan mental yang diperlukan untuk mengaktifkan abiliti “Divine Reflection” merupakan punca kematian Adam. Walaupun di ambang kematian, Adam tidak pernah berhenti berlawan dan akhirnya dapat membuatkan Zeus berlutut (merupakan satu pencapaian yang tiada siapa pernah berjaya lakukan). Dengan azam yang tinggi, Adam mati dalam keadaan masih berdiri. Cinta Adam terhadap umat manusia dan semangatnya yang gigih menyentuh hati semua orang, termasuk para dewa dan ini merupakan adegan yang saya paling suka dalam musim pertama Record of Ragnarok.

Sasaki Kojiro vs. Poseidon

Inilah pertarungan terakhir untuk ulasan Record of Ragnarok saya di mana kesimpulan bagi pertarungan Poseidon dan Kojiro adalah yang paling memuaskan dalam siri ini ketika manusia berjaya memenangi perlawanan pertama mereka dan menunjukkan kekuatan sebenar kepada para dewa. Sama seperti Zeus, Poseidon memandang rendah kepada semua orang dan percaya dirinya adalah ciptaan yang sempurna. Kesombongan Poseidon menentang Sasaki Kojiro yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri merupakan ciri-ciri penting yang membuatkan pertarungan ini lebih menyeronokkan.

Pertarungan ini pun sukar untuk diramalkan. Kojiro adalah pendekar pedang yang hebat manakala Poseidon adalah dewa yang maha kuasa, jadi ramai yang risau apabila Poseidon mematahkan pedang Kojiro. Tetapi Valkyrie Hrist menggunakan kemahiran istimewanya, “re-Völundr,” untuk mencipta dua pedang, di mana Kojiro menerima bantuan yang diperlukan untuk mendapatkan kelebihan penting. Pertarungan ini pun berakhir dalam cara yang paling kejam, ketika Kojiro memotong kedua-dua tangan Poseidon dan membelah tubuhnya.

Masalah terbesar untuk saya bagi pertarungan ini adalah perwatakan Poseidon yang membosankan. Dia hanya dikenali untuk ciri tersebut dan tidak menawarkan sebab yang jelas. Nasib baiklah, Kojiro mempunyai personaliti dan visi yang menyerlah. Kojiro sentiasa memperbaiki diri untuk bertambah baik dan seronok menimba ilmu walaupun kalah. Ia menjadi lebih mengharukan apabila kita melihat dia memikul semua impian umat manusia semasa bertarung. Seperti saya kata di atas, ini merupakan kemenangan pertama untuk pihak manusia, lantas menjadikan kesimpulan musim pertama lebih berimpak dalam anime Record of Ragnarok.


Walaupun siri ini mempunyai beberapa kekurangan, ia secara beransur-ansur bertambah baik dengan setiap pertarungan. Saya berharap musim ke-2 Record of Ragnarok dapat meneruskan rentak positif ini. Itu sahaja untuk ulasan ringkas saya bagi musim pertama Record of Ragnarok. Apa pendapat anda? Pertarungan mana yang anda rasa paling menarik? Untuk segala liputan kami tentang siri tersebut, sila tekan pautan ini.

Sumber – Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemanganetflixPertarunganRecord of Ragnarokulasan
Previous Post

Control co-op spin-off Project Condor diumumkan untuk PS5, Xbox Series, dan PC

Next Post

Square Enix melanggar undang-undang sistem gacha Jepun di game mobile Final Fantasy mereka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Square Enix melanggar undang-undang sistem gacha Jepun di game mobile Final Fantasy mereka

Square Enix melanggar undang-undang sistem gacha Jepun di game mobile Final Fantasy mereka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd