Nintendo baru saja keluarkan beberapa maklumat tentang game terbaru yang akan datang untuk Switch, iaitu Pokemon Sword dan Shield. Game ini akan mengambil tempat di sebuah region yang bernama Galar dan Nintendo menjanjikan gabungan bandar kontemporari dan kawasan desa berserta dataran yang luas dan gunung yang dilitupi salji. Pemain akan memulakan game tersebut dengan salah satu daripada 3 Pokemon iaitu Grookey, Scorbunny dan Sobble!

Lepas keluar je berita pasal ketiga-tiga Pokemon baru tu, ramai peminat Pokemon kat Malaysia ni mula memberi reaksi mereka yang berbelah bahagi. Dekat group Nintendo Facebook paling ketara dorang punya reaksi, jom tengok apa dorang kata!
Fire starter – Scorbunny = Fire/Fighting!?

Ramai predict akan jadi Fire/Fighting, dan ramai juga yang tak nak!
Aik, Team Brexit pulak? Aduhh macam-macam!

Water starter – Sobble!
Kesian Sobble, muka macam katak katanya. Satu lagi pengguna Facebook, Ikhwan Rahman pula mengatakan Sobble ni ada iras-iras Cam & Leon dalam Astro Ceria!
Last sekali, grass starter – Grookey!
Evolusi terakhir untuk Grookey pun kena bocor jugak! Waduhhh.
#Monkeyskuad
Banyak lagi reaksi yang tak dipaparkan kat sini, tapi korang boleh tengok betapa tak sabar-sabarnya peminat Pokemon Malaysia ni! Jadi, korang team mana? #TeamScorbunny #TeamSobble atau #TeamGrookey?
@gamersantaimy
Discussion about this post