Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RB Wolf Games dari Malaysia umum Once Again, game ‘interactive story’ untuk Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2022
in Artikel, Berita, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
RB Wolf Games dari Malaysia umum Once Again, game ‘interactive story’ untuk Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Studio indie RB Wolf Games yang berpangkalan di Malaysia telah mengumumkan bahawa Once Again, game sulung mereka yang telah dibangunkan sejak tahun lalu, akan dilancarkan di Steam di mana korang boleh wishlist sekarang.

Menurut studio tersebut, Once Again ialah game ” interactive story” yang dibangunkan semasa pandemik dan berkonsepkan semangat mereka untuk game jenis bercerita yang mengasyikkan serta diilhamkan oleh kesedaran masyarakat tentang kerapuhan kehidupan. Berikut adalah sinopsis ringkas dari Steam:

“Once Again” ialah cerita tentang seorang budak lelaki yang menghabiskan musim panasnya mengembara antara masa lalu dan sekarang. Dia bertemu dengannya dan selepas itu, musim panasnya telah berubah selama-lamanya.

  • Ciri-ciri utama
    • Setiap hari lahir, Sia dapat menghabis detik-detik yang dirindui sepanjang hayat bersamanya.
    • Melangkaui masa dan ruang, ikatan Sia dengannya bersedia untuk menjadi kisah musim panas yang paling menyentuh hati.
    • Gameplay interaktif mengasyikkan yang membolehkan anda mengawal tindakan Sia secara langsung dengan mekanik gameplay yang mudah namun memuaskan seperti menyental, menulis, mengambil foto dan banyak lagi.
    • Gaya seni visual menakjubkan yang menjalin naratif dan gameplay menjadi sebuah perjalanan nostalgia yang menyedihkan.
    • Mekanik gameplay yang diilhamkan oleh fotografi seperti fokus, exposure dan banyak lagi berfungsi sebagai pengenalan yang sempurna kepada bentuk seni abadi.

Once Again dicipta untuk mengingatkan dan menggalakkan semua orang untuk menghargai setiap detik bersama mereka yang kita sayang. Dan melalui semangat kami, kami berharap dapat menghidupkan semula kenangan indah dalam hati setiap pemain.

kata RB Wolf Games.

Sekali lagi saya ingatkan, Once Again akan dilancarkan di Steam pada Ogos 2022. Malangnya tarikh pelepasan rasmi tidak diumumkan tetapi sekurang-kurangnya, mereka yang berminat boleh wishlist sekarang.

Untuk segala liputan kami tentang berita tempatan, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: RB Wolf Gamessteam
Previous Post

RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!

Next Post

Loot box rasmi dibuang dari Overwatch 2, ramai peminat mengadu tidak adil

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Loot box rasmi dibuang dari Overwatch 2, ramai peminat mengadu tidak adil

Loot box rasmi dibuang dari Overwatch 2, ramai peminat mengadu tidak adil

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd