Razer baru sahaja mendedahkan mikrofon streaming gaming mereka yang paling ringkas, comel dan kecil di Razer Con 2020 sebentar tadi, iya, memperkenalkan Razer Seiren Mini. Peralatan ini mempunyai rupa yang mirip dengan mikrofon gaming pada masa lalu – tetapi ianya sangat kecil. Mikrofon ini berfungsi dengan kapsul kondensor 14mm dan corak pengambilan Supercardioid untuk membolehkan apa yang digambarkan oleh Razer sebagai “suara pro-gred” walaupun fizikalnya kecil. Eh jangan lupa dengan Razer ISKUR terbaru yang turut dilancarkan tadi, anda boleh usha review kami di sini.
Razer Seiren Mini dibuat untuk memenuhi ruang yang tersisa di alam gaming dalam talian oleh peralatan yang jauh lebih besar dan lebih mewah. Mikrofon ini cukup kecil untuk dipasang di meja anda dengan mudah, walaupun kecil, ia cukup tinggi untuk menghasilkan suara profesional!

Menurut Razer, mereka berusaha untuk memenuhi keperluan streamer yang bercita-cita tinggi. Kerana “tidak semua orang memiliki keahlian, ruang, atau wang untuk membeli peralatan berkualiti tinggi,” dan “tuntutan perkakasan ini memerlukan kualiti profesional, kemudahan penggunaan, dan kemampuan terjangkau.”
Razer juga menyatakan bahawa “tuntutan ini juga berlaku untuk pengguna “home office” yang mencari mikrofon kuat untuk panggilan. Peminat seperti ini telah berlipat kali ganda sejak bermulanya wabak global yang dialami kita sekarang.”
Razer Seiren Mini akan berharga kira-kira $49.99 USD (anggaran RM207) yang boleh didapati di laman web Razer dan pelbagai rakan jualan pihak ketiga Razer. Anda akan dapati mikrofon ini tersedia dalam warna hitam, putih, dan merah jambu dengan tarikh pelepasan 10 Oktober 2020. Ia akan tersedia dengan peruncit terpilih di AS, CA, EU, CN dan AP menjelang akhir tahun 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post