Berikutan dengan acara CES 2023 yang diadakan di Las Vegas, Razer telah mengumumkan beberapa barisan produk baharu termasuk Razer Edge, Razer Blade dan juga Razer Kiyo. Kali ini, mereka telah mengumumkan soundbar baharu yang dipanggil Razer Leviathan V2 Pro.

Ia merupakan soundbar beamforming pertama di dunia yang mempunyai “head-tracking AI”. Soundbar ini dapat dihasilkan dengan kerjasama daripada jenama audio terkemuka iaitu THX dan juga Audioscenic. Ia secara tidak langsung dapat menyampaikan “surround soundstage” yang sangat bagus sambil pengguna berada dalam keadaan yang selesa.
Hal ini kerana, ia telah dilengkapkan dengan kamera IR dan teknologi head-tracking AI yang mampu mengesan kedudukan pengguna. Ia dikuasakan oleh Audio Spatial THX dengan gabungan “adaptive beamforming” daripada Audioscenic.

Razer Leviathan V2 Pro didatangkan dengan 2 mode iaitu THX Spatial Audio Virtual Headset dan THX Spatial Audio Virtual Speaker. Untuk mode headset, ia sangat sesuai untuk digunakan pada kandungan stereo kerana ia dapat menyampaikan audio pada kedudukan tepat. Manakala untuk mode speaker pula, ia sangat sesuai memainkan sebarang kandungan yang mempunyai pelbagai saluran audio sehingga memenuhi ruang bilik.

Bersama-sama dengan soundbar ini, ia juga dilengkapi dengan subwoofer yang membolehkan soundbar ini memainkan treble dan bass yang jelas. Bukan setakat itu sahaja, soundbar ini juga mempunyai Razer Chroma RGB di mana ia mempunyai 30 zon lighting dan boleh menggunakan pelbagai warna daripada 16.8 juta warna.
Untuk mendapatkan spesifikasi penuh, sila klik di sini. Razer Leviathan V2 Pro bakal tiba pada bulan Februari 2023 dan untuk mendapatkan barisan produk lain yang diumumkan semasa CES 2023, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post