Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rating Cristiano Ronaldo bukan lagi 90 dalam FIFA 23 – kurang berbisa selepas berpindah ke Al Nassr!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2023
in Android, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Rating Cristiano Ronaldo bukan lagi 90 dalam FIFA 23 – kurang berbisa selepas berpindah ke Al Nassr!
Share on FacebookShare on Twitter

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mendominasi dunia bola sepak selama bertahun-tahun, dan mereka juga adalah antara pemain dengan rating tertinggi dalam game FIFA sepanjang dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, nampaknya persaingan itu telah berakhir kerana rating Cristiano Ronaldo aka CR7 telah dikurangkan daripada “90 kepada 88 dalam FIFA 23″.

Dilaporkan oleh ramai pemain di seluruh dunia, rating keseluruhan C.Ronaldo kini telah menurun kepada 88 buat kali pertama dalam tempoh masa lebih sedekad. Kali terakhir dia diberi rating di bawah 90 adalah dalam FIFA 11 yang dikeluarkan pada 2010. Untuk FIFA 23, seluruh statistik individu CR7 telah merosot dan berikut adalah rating terbaru:

  • Pacing – 79 (dahulu 81)
  • Shooting – 91 (dahulu 92)
  • Passing – 76 (dahulu 78)
  • Dribbling – 83 (dahulu 85)
  • Defence – 34 (masih sama)
  • Physics – 72 (dahulu 75)

Seperti yang korang semua tahu, kejatuhan rating C.Ronaldo berkait rapat dengan prestasinya di dunia sebenar terutamanya kerana CR7 tidak dapat bermain dengan konsisten seperti masanya dahulu di Real Madrid, jadi saya faham mengapa FIFA memilih untuk buat keputusan begini.

Atas alasan yang sama, Manchester United turut menamatkan kontrak CR7 berikutan temu bual kontroversinya dengan Piers Morgan pada hujung November 2022. Kini C.Ronaldo bermain di Liga Arab Saudi untuk kelab bernama Al Nassr. Namun, bukan semuanya berita buruk kerana C.Ronaldo kini merupakan pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di seluruh dunia dengan kontrak $200 juta setahun.

"This is why I'm here" ️🎙️

Relive @Cristiano's incredible hero's welcome to Mrsool Park and watch his first exclusive interview as an Al Nassr player ⭐#HalaRonaldo 💛 pic.twitter.com/YdxFEP0bNB

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 5, 2023

Walaupun rating semakin rendah, masih ramai yang mahu bermain CR7. Malangnya, senarai pemain Al Nassr belum dikemas kini lagi, jadi C.Ronaldo hanya boleh dimainkan dengan menggunakan Portugal dalam Kick-Off dan sebagai ejen percuma dalam Career Mode setakat ini.

Apa pendapat anda? Adakah anda setuju dengan rating terbaru Cristiano Ronaldo dalam FIFA 23? Jom kongsi pendapat di ruang komen. Untuk membaca segala liputan kami tentang FIFA 23, sila tekan pautan ini.

Dapatkan sekarang!
FIFA 23
Release Date: 2022-09-22
Nintendo Switch, Origin, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
FIFA 23 membawakan The World's Game ke padang, dengan Teknologi HyperMotion2 yang memberikan permainan lebih realistik, Piala Dunia FIFA™ lelaki dan wanita, pasukan kelab wanita, ciri cross-play dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakCR7Cristiano RonaldoFIFA 23
Previous Post

Mencari Game Buatan Malaysia? Lawati Laman “Games And Gamers” Sekarang!

Next Post

Boruto – Tangan Sasuke muncul kembali, netizen memberi pelbagai reaksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Boruto – Tangan Sasuke muncul kembali, netizen memberi pelbagai reaksi!

Boruto - Tangan Sasuke muncul kembali, netizen memberi pelbagai reaksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd