Francais Ratchet & Clank baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-20! Sempena dengan itu, Ratchet & Clank: Rift Apart diumumkan akan hadir ke PC! Melalui pengumuman rasmi melalui PlayStation Blog, Ratchet & Clank: Rift Apart PC akan dilancarkan pada 26 Julai 2023 di Steam dan Epic Games Store!
Ini merupakan permulaan yang baik untuk anda yang tidak pernah bermain francais ini. Game baharu ini hadir dengan penceritaan standalone dan memperkenalkan dua watak baharu iaitu Rivet & Kit.
Versi PC Ratchet & Clank: Rift Apart menampilkan pantulan ray-traced dengan pelbagai level kualiti untuk dipilih dan bayang ray-traced yang baru ditambah untuk cahaya semula jadi di kawasan luar.
Bukan setakat itu sahaja, ia turut menyokong monitor ultra-lebar untuk 21:9, 32:9 dan resolusi sehingga 48:9 untuk setup tiga monitor. Gameplay dan cutscene turut dioptimumkan untuk skrin ultra-lebar.

Game turut menyokong unlocked framerate dan teknologi peningkatan prestasi terkini. Pemain boleh memilih daripada NVIDIA DLSS 3, AMD FSR 2, Intel XeSS dan Temporal Injection Insomniac Games. NVIDIA Reflex dan NVIDIA DLAA juga disokong.
Memangdangkan ia game PC, sudah tentu ia menawarkan sokongan penuh kepada mouse dan keyboard dengan penyesuaian kawalan. Controller juga boleh digunakan dan kalau anda menggunakan DualSense dengan sambungan wayar, anda boleh rasakan haptic feedback dan juga efek dynamic trigger.

Terdapat bonus yang boleh didapatkan jika anda pra-tempah game sebelum pelancaran. Berikut adalah bonusnya:
- Pixelizer Weapon
- Carbonox Armor set
Kalau anda membeli Digital Deluxe Edition, anda boleh dapat lima armor dan 20th Anniversary Armor Pack, ia akan datang dengan lima armor daripada game terdahulu.

Lebih banyak lagi maklumat mengenai Ratchet & Clack: Rift Apart PC akan didedahkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post