Capcom hari ini mengumumkan bahawa watak yang bernama Rashid bakal kembali ke dalam Street Fighter 6 pada 24 Julai 2023.
Kepada pemain Street Fighter 6 yang mempunyai Deluxe Edition, Ultimate Edition ataupun Year 1 Character Pass, anda terus boleh memainkan watak Rashid ini. Pemain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut, anda boleh mencuba Rashid secara percuma selama satu jam dengan menggunakan tiket Rental Fighter.
Berikut adalah skill atau serangan yang boleh dilakukan oleh Rashid:
- Arabian Cyclone – Satu gerakan khas baharu yang melakukan tendangan berputar dan menimbulkan ribut; boleh digunakan sebagai pukulan kendiri, atau beralih kepada Rolling Assault atau Wing Stroke.
- Arabian Skyhigh – Satu “double jump” baharu yang membuatkan pihak lawan meneka di mana Rashid akan mendarat dari udara.
- Super Rashid Kick – Level 1 Super Art yang memunggah tendangan yang dahsyat sambil melambung ke hadapan dan ke atas melalui udara.
- Ysaar – Sebelum ini, pergerakan V-Trigger Rashid dalam Street Fighter V, Tahap 2 Super Art ini memanggil peluru ribut yang bergerak perlahan yang boleh digunakan untuk memberikan tekanan kepada pihak lawan.
- Altair – Level 3 Super Art Rashid menimbulkan badai yang menaikkan lawan sebelum dia menghujani mereka dengan angin monsun yang kuat.
Selain itu, mereka juga mengeluarkan pelbagai in-game item yang bertemakan Rashid melalui Fighting Pass. Ia akan tersedia bermula 4 sehingga 23 Julai 2023 dengan menggunakan 250 Fighter Coin. Berikut adalah item yang anda akan peroleh melalui Fighter Pass:
- Avatar Gear
- Photo Border
- Classic Game
- Emote
- Muzik
- Titles
- Device Wallpaper
- Sticker

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Rashid akan tersedia di Street Fighter 6 pada 24 Julai 2023. Street Fighter 6 kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post