Semalam kita dihadiahkan oleh anime/ manga terkenal dengan dua game terbaru yang akan hadir tahun ini dan tahun depan, permainan yang dimaksudkan adalah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Hinokami Keppuutan akan datang ke PS4 tahun 2021 dan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Keppuu Kengeki Royale! Tapi kali ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai filem yang pernah didedahkan sebelum ini untuk anime/manga terkenal Demon Slayer: Kimitesu no Yaiba dan akhirnya butiran terbaru mengenai filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train akan didedahkan di Ameba TV, 10 April ini jam 10:30pm (JST) (9:30pm MY)!
Aniplex telah mengumumkan segala butiran mengenai filem ini yang termasuk visual serta PV akan dikongsikan ketika siaran lansung di Ameba TV itu nanti. Kali terakhir projek filem ini didedahkan pada September tahun lalu selepas penyiaran episod ke-26 terakhir Demon Slayer: Kimitesu no Yaiba TV anime di Jepun. Semua pelakon suara akan kembali ke dalam filem itu. Ia akan menyesuaikan arc cerita “Mugen Ressha / Infinite” dari siri manga asal Koyoharu Gotoge dan akan diterbitkan di Jepun sebelum penghujung tahun 2020.
Jadi pada sesiapa yang nak tengok siaran lansung butiran terbaru nanti boleh lah tonton di Ameba TV tapi anda haruslah tukar VPN dahulu.
🎴 #鬼滅テレビ 無限列車編 新情報発表スペシャル 🎴
4/10(金)22:30独占放送決定🙌『劇場版 #鬼滅の刃』新ビジュアル!
さらに…🔥〝新規映像〟発表🔥
「絶対に見逃せない!」と思った方は今すぐ視聴予約☺️#アニプレックスTV @kimetsu_off#RTで予約 #いいねで予約
— ABEMAアニメ(アベマ) (@Anime_ABEMA) March 22, 2020

Juga tidak terlupa dengan key visual untuk konsert orkestra tour yang akan datang Kimtestu no Kanade yang turut didedahkan akan berlansung di Jepun seperti dijadual yang tersenarai dibawah;
- May 5: Tokyo International Forum Hall A (Tokyo Philharmonic Orchestra)
- May 13: Hiroshima Bunka Gakuen HBG Hall (Hiroshima Symphony Orchestra)
- June 6-7: Osaka Festival Hall (Osaka Philharmonic Orchestra)
- July 25: Sapporo Cultural Art Theater hitaru (Sapporo Symphony Orchestra)
- July 28: Tokyo Electron Hall Miyagi (Sendai Philharmonic Orchestra)
- August 5: Fukuoka Sunpalace Concert Hall (Kyushu Symphony Orchestra)
- September 5: Nagoya NTK HALL Forest Hall (Central Aichi Symphony Orchestra)

Ada lagi~ Tiket pembelian awal akan dapat badges tin yang comel!
Tapi disebabkan keadaan yang melanda dunia sekarang mesti agak payah untuk melancong ke Jepun untuk menyaksikan sendiri betul tak? Kita harapkan keadaan COVID-19 ini akan reda jadi kita akan berpeluang sendiri terbang ke Jepun dan saksikannya! Paling penting sekarang jangan terlepas tarikh April ini untuk butiran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train!
@gamersantaimy
Discussion about this post