Studio Housemarque dari Finland mempunyai sejarah yang panjang bekerja dengan Sony dan pada masa ini, sedang bersiap untuk melancarkan permainan “third-person shooter” Returnal di pelantar PS5 pada tahun ini. Returnal, sebelum ini diumumkan semasa siaran langsung PlayStation 5 pada bulan Jun 2020. Di bawah adalah trailer pertama:
Baru-baru ini, studio tersebut telah mengeluarkan episod HouseCast terbaru, yang menunjukkan apa yang berlaku di belakang tabir. Siri ini dimulakan pada bulan November lalu sebagai cara untuk memberi info lanjut tentang Returnal ketika pasukan bekerja semasa pandemik global. Episod tiga hanya memfokuskan pada gameplay dengan bagaimana studio mengubah gaya permainan arked mereka ke dunia 3D yang besar.
Dalam video di bawah, kita boleh melihat sedikit gameplay yang memaparkan aksi menembak “third-person shooter” yang pantas, dan juga musuh yang kita akan hadapi. Housemarque menggunakan tenaga kinetik untuk membolehkan pemain merentasi persekitaran dengan “melompat, air dash, ledge grab, dan alat cangkuk” yang dapat menarik pemain ke sisi bukit. Salah satu contoh menunjukkan pemain menggunakan alat cangkuk untuk menemui kawasan yang biasanya tidak dapat diakses.
Selain gameplay, Housemarque juga menjelaskan tentang PlayStation 5 dan bagaimana perkakasan telah membantu studio untuk menghasilkan Returnal. Selain daripada peningkatan kuasa pemprosesan dan kelajuan SSD, studio ingin memanfaatkan segala fitr alat kawalan DualSense. Dengan menggunakan “adaptive trigger“, Housemarque dapat membuat menghasilkan dua fungsi dengan satu trigger.
Dengan separuh menekan trigger kiri, ia membolehkan fokus tradisional untuk membidik manakala menekan penuh trigger akan menggunakan tembakan alternatif senjata. Pada masa yang sama, alat kawalan dapat diubah suai sepenuhnya supaya pemain dapat menggunakan skema yang lebih tradisional jika mereka mahu.
Returnal akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 pada 19 Mac 2021.

@gamersantaimy
Discussion about this post