Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rahsia Yamato didedahkan! Anak lelaki Kaido sebenarnya perempuan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Rahsia Yamato didedahkan! Anak lelaki Kaido sebenarnya perempuan!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu misteri terbesar di story arc Wano adalah identiti anak lelaki Kaido bernama Yamato. Setelah berjanji untuk membantu Luffy, pahlawan bertopeng ini akhirnya mendedahkan wajah sebenarnya di bab terbaru manga One Piece.

Yamato menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan peminat sejak Kaido memberi tugas kepada enam pahlawan terkuatnya, Tobi Roppo, untuk membawa anaknya ke pesta Onigashima ketika dia bersiap untuk membuat satu pengumuman besar. Rupanya Yamato tidak ada di pesta tersebut kerana dia pun sedang berusaha mencari Luffy.

Selepas menyelamatkan Luffy daripada Ulti dan Page One pada bab sebelum, Luffy menyerang Yamato tanpa memberi dia masa untuk jelaskan situasi. Situasi menjadi semakin tenang, dan mereka berjaya larikan diri di tempat yang sunyi. Di sini, Yamato menanggalkan topeng di muka surat terakhir bab 984 untuk mengejutkan Luffy dan semua peminat (termasuk saya) yang dia bukan anak lelaki Kaido, tetapi rupanya anak perempuan!

Bab ini mendedahkan bahawa Yamato ingin bersekutu dengan Luffy untuk menentang ayahnya sendiri, Kaido. Yamato semasa kecil memberitahu Kaido yang dia ingin menjadi seperti Kozuki Oden dan dihukum kerana mempunyai cita-cita mengarut. Tidak lama kemudian, Yamato melihat hukuman mati Oden yang berlaku lebih dari 20 tahun yang lalu. Setelah melihat Oden menghadapi hukuman ini dengan berani, Yamato menangis sambil berjanji untuk berjuang demi samurai legenda tersebut sejak saat itu.

Selepas terjumpa jurnal Oden yang menerangkan pengembaraannya dengan krew Whitebeard dan Gol D. Roger (mungkin memiliki beberapa “info” penting), Yamato berjani akan membuka sempadan Wano ke seluruh dunia sama seperti idolanya, Kozuki Oden.

Mengapa Yamato digelar sebagai anak lelaki Kaido? Ia kerana Yamato terlalu idolakan Oden sehingga dia pun ingin digelar sebagai seorang lelaki. Penampilan penuh Yamato pun dimodelkan sempena pakaian Oden, dan kini dia dan Luffy akan bekerjasama ketika kita menghampiri klimaks arc Wano.

Adakah anda bayangkan wajah lain di bawah topeng? Apakah peranan Yamato dalam perang Wano? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceYamato
Previous Post

Trailer Shadow Warrior 3 dah habis masuk air dengan penuh darah weh!

Next Post

Pelbagai kemaskini dalam Season 4 COD Modern Warfare termasuk Warzone serta dapatkan Starter Pack untuk kesenangan anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pelbagai kemaskini dalam Season 4 COD Modern Warfare termasuk Warzone serta dapatkan Starter Pack untuk kesenangan anda!

Pelbagai kemaskini dalam Season 4 COD Modern Warfare termasuk Warzone serta dapatkan Starter Pack untuk kesenangan anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd