Quantic Dream, pembangun game terkenal dengan tajuk seperti Detroit: Become Human, Beyond: Two Souls dan Heavy Rain kini menjadi milik NetEase Games. Dikhabarkan studio tersebut akan terus beroperasi secara bebas dan fokus kepada pembangunan dan menerbitkan game ke pelbagai platform. Quantic Dream juga akan menerbitkan game third-party dan memanfaatkan pembangunan game NetEase Games.
“Kami sangat teruja untuk memulakan tahap pertumbuhan baharu yang menarik dengan Quantic Dream, terikat dengan visi bersama, saling mempercayai dan menghormati,”
“NetEase akan terus memenuhi janji kami untuk menyokong Quantic Dream untuk merealisasikan potensi penuhnya. Dengan menggabungkan kreativiti dan naratif yang luar biasa Quantic Dream serta kemudahan, sumber dan keupayaan pelaksanaan NetEase, kami percaya terdapat kemungkinan hebat yang boleh mentakrifkan semula pengalaman hiburan interaktif yang kami sediakan untuk pemain di seluruh dunia.”
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah NetEase, William Ding

“Hari ini menandakan peristiwa penting untuk studio kami selepas seperempat abad kemerdekaan sepenuhnya. NetEase Games menghargai kebebasan kreatif kami dan dorongan serta semangat pasukan kami yang unik. Kami kini akan dapat mempercepatkan visi yang kami kongsi sebagai satu kumpulan, untuk mencipta tajuk mercu tanda yang menyentuh orang pada tahap emosi. Kami mempunyai game yang sangat berbeza dalam pembikinan dan saya benar-benar percaya bahawa yang terbaik masih belum datang dari Quantic Dream.
Saya amat berbangga bahawa pekerja kami, yang ditawarkan sebahagian besar modal kami sejak beberapa tahun lalu, akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pemerolehan ini. Ia adalah bukti komitmen berterusan kami untuk memberi ganjaran kepada semua yang telah menjadikan Quantic Dream sebagai studio yang berjaya seperti hari ini.”
Pengasas Quantic Dream, Ketua Pegawai Eksekutif, David Cage

Quantic Dream kini sedang membangunkan game Star Wars Eclipse. Buat sementara ini, platform serta tarikh pelancaran game tersebut masih belum diumumkan. Mungkin kita akan mendapatkan maklumat baru nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai industri gaming daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post