Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Punca jadi meme, game Metal Gear Rising terus melonjak 1000% pemain di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC
0 0
0
Punca jadi meme, game Metal Gear Rising terus melonjak 1000% pemain di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam francais Metal Gear, Metal Gear Rising: Revengeance dianggap sebagai judul yang agak ganjil di kalangan peminat. Walaupun Metal Gear lebih kepada genre ‘stealth action’, Konami telah bekerjasama dengan PlatinumGames untuk mencipta game ‘action hack-and-slash di mana kita mengawal Raiden, seorang ninja cyborg yang mencincang musuh hingga mati. Beberapa tahun sudah berlalu dan nampaknya Metal Gear Rising kembali menjadi populariti di Steam berkat dijadikan meme viral.

Revengeance dilancarkan pada tahun 2013 di konsol dan sebenarnya menerima banyak ulasan yang rata-rata positif. Malangnya, itu masih tidak dapat menjana keuntungan yang baik. Apabila versi PC dilancarkan pada Januari 2014, itu pun tidak banyak membantu, di mana mereka hanya capai jumlah maksimum 11,000 pemain di Steam.

Namun, sesuatu yang pelik nampaknya telah berlaku. Selepas bertahun-tahun bertahan hidup dengan hanya beberapa ratus pemain, sekarang jumlah pemain Metal Gear Rising telah meningkat kepada beribu-ribu setelah sekian lama. Mengikut statistik PlayTrackerNet, bilangan pengguna Steam yang bermain Metal Gear Rising telah meningkat sebanyak 1000% sejak Januari 2022 manakala aktiviti bagi Achievement di semua platform kini adalah pada tahap tertinggi sejak 2018.

Although it is almost 10 years old, Metal Gear Rising: Revengeance is seeing numbers it hasn’t seen since launch.

📈 concurrent players up 1000%
🏆 peak in achievement activity across all platforms

The cause? Various meme templates featuring characters from the game went viral. pic.twitter.com/Ey6FmYAXJp

— PlayTracker (@PlayTrackerNet) May 23, 2022

Menurut PlayTrackerNet, ini semua adalah berkat meme “Jetstream Sam Thinking”. Bagi sesiapa yang tidak pernah bermain game ini atau tidak tahu, Jetstream Sam adalah seorang lagi cyborg samurai dan merupakan salah satu antagonis utama dalam game.

Oleh kerana gayanya yang pelik tapi unik, ramai yang terpikat dengan personaliti Sam dan mendapati dirinya sangat menarik sehingga mereka memuat naik gif yang memaparkan Jetstream Sam sedang menggosok dagunya pada tahun 2018. Baru-baru ini, gif itu telah menjadi meme viral, yang membuatkan ramai pemain tertanya – “Apakah itu Metal Gear Rising?”

Meme yang viral

Bermula dari situ, ramai yang mula bermain dan kagum dengan jalan cerita permainan, runut bunyi, dan pertarungan bos. Malangnya, peminat di Malaysia tidak dapat mencuba game ini kerana ia tidak tersedia di Steam kita. Harap-harap Konami akan memasarkan game ini selepas dapat tahu pemainnya semakin meningkat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: memeMetal Gear Rising
Previous Post

Hogwarts Legacy tampil dengan ciri-ciri hebat untuk pemain PS5!

Next Post

Jangan stack langganan PS Plus! Lelaki terpaksa bayar RM700+ semata-mata upgrade pakej

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jangan stack langganan PS Plus! Lelaki terpaksa bayar RM700+ semata-mata upgrade pakej

Jangan stack langganan PS Plus! Lelaki terpaksa bayar RM700+ semata-mata upgrade pakej

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd