One Piece telah pun membuat pelbagai kolaborasi dengan jenama-jenama hebat seperti Gucci, Vans, Skechers, Seiko Watch dan banyak lagi. Baru-baru ini dilaporkan bahawa PUMA pula bakal hadir dengan koleksi kasut bertemakan One Piece! Koleksi ini dijadualkan untuk lancar pada tahun 23 Mac 2024.
Melalui Sole Retriever, jenama kasut tersebut akan hadir dengan rekaan baharu memaparkan watak-watak One Piece, di mana masing-masing akan membawa mewakili bahagian berbeza dalam dunia siri itu. “One Piece x Puma Suede Collection” akan memaparkan watak-watak seperti Monkey D. Luffy, Red Hair Pirates, Blackbeard dan Whitebeard, bermaksud akan ada empat reka bentuk yang anda boleh dapatkan!

Berikut adalah reka bentuk untuk kesemua kasut dalam koleksi ini.
Luffy
Red Hair Pirates
Blackbeard
Whitebeard
Harga untuk kasut-kasut ini bermula dengan RM 129 sehingga RM 479. Anda yang ingin mendapatkannya boleh ke laman web rasmi PUMA untuk mendapatkannya. Bukan setakat kasut sahaja, malah ada t-shirt, topi dan beg bertemakan One Piece untuk anda dapatkan!
Kalau anda ingin tahu, ini bukanlah kali pertama Puma hadir dengan kolaborasi dengan siri anime popular ini. Pada tahun 2019, Puma telah melepaskan kasut Cell Endura yang diinspirasikan oleh Thousand Sunny. Tidak dilupakan juga kasut yang memaparkan bendera lanun Straw Hat.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post