Hari ini, kita dapat pengesahan oleh Sony Interactive Entertainment bahawa earbud wireless Pulse Explore, headset wireless Pulse Elite dan PlayStation Link USB adapter tambahan akan tersedia untuk pre-order mulai hari Jumaat, 24 November 2023. Pre-order akan tersedia melalui PlayStation Authorized Dealer dan Sony Centre di Malaysia.
Pulse Elite wireless headset & Pulse Explore wireless earbud


Pulse Elite ialah headset wayarles baharu Sony yang menawarkan audio jenis lossless dan dilengkapi dengan boom mic yang boleh ditarik balik dan ciri noise rejection dipertingkat AI yang mampu menapis bunyi latar belakang. Headset ini juga disertakan bersama charging hanger untuk pilihan pengecasan dan penyimpanan yang mudah.
Pulse Explore pula ialah earbud wayarles pertama oleh syarikat, dan menyediakan pengalaman audio mudah alih premium dengan dwi mikrofon dan ciri noise rejection dipertingkat AI yang mampu menapis bunyi latar belakang. Ia juga menawarkan audio jenis lossless dan didatangkan dengan charging case.


Pulse Elite dan Pulse Explore akan menjadi peranti audio PlayStation pertama yang menggunakan “planar magnetic driver” rekaan khas untuk pengalaman mendengar tahap audiophile yang biasanya ditemui dalam headphone premium untuk jurutera bunyi profesional. Berikut adalah harga untuk setiap aksesori:
- Pulse Elite: RM 699
- Pulse Explore: RM 999
- PlayStation Link: RM 119
Pulse Elite, Pulse Explore dan PlayStation Link akan tersedia pada 8 Mac 2024!
Teknologi audio wayarles baharu PlayStation Link

Pulse Elite dan Pulse Explore berhubung terus dengan PlayStation Portal dengan memanfaatkan teknologi audio wayarles baharu PlayStation Link. Inovasi ini memberikan latency rendah, audio jenis lossless dan penukaran mudah antara pelbagai hos PlayStation Link seperti PS5 dengan USB adapter dan PlayStation Portal.
Apabila menggunakan Pulse Elite dan Pulse Explore dengan PS5, USB adapter untuk setiap headset dan earbud diperlukan untuk PlayStation Link. USB adapter PlayStation Link juga akan dijual secara berasingan sebagai item kendiri, dan boleh digunakan pada PC dan Mac, jadi pemain boleh menyambungkan Pulse Elite atau Pulse Explore untuk mengalami audio lossless dan latency rendah yang sama.

Pulse Elite dan Pulse Explore turut boleh menyambung sekaligus ke peranti yang disokong PlayStation Link (PS5, PC, Mac atau Portal PlayStation) dan peranti yang disokong Bluetooth. Contohnya, Pulse Explore boleh disambungkan ke PS5 (melalui USB adapter) menggunakan PlayStation Link dan juga ke smartphone melalui Bluetooth pada masa yang sama. Semasa bermain di PS5, pemain boleh menjawab panggilan serta-merta dan mendengarnya melalui earbud Pulse Explore.
Seperti saya kata tadi, PlayStation Link USB Adapter disertakan dengan setiap Pulse Elite dan Pulse Explore tetapi juga boleh dibeli secara berasingan pada nilai harga RM119. Aksesori ini akan dilancarkan mulai 1 Februari 2024.
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk PlayStation, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post