Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Puella Magi Madoka Magica: Magia Exedra’ Akan Tiba Tahun Ini Untuk Mobile & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
‘Puella Magi Madoka Magica: Magia Exedra’ Akan Tiba Tahun Ini Untuk Mobile & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Aniplex mengumumkan bahawa gamer RPG ‘Puella Magi Madoka Magica: Magia Exedra‘ akan dilancarkan untuk mobile iOS dan Android, serta PC melalui Steam, pada tahun 2024 di seluruh dunia.

Dalam game ini, watak-watak daripada siri anime popular Puella Magi Madoka Magica telah disatukan! Menampilkan jalan cerita dan serba baharu daripada idea original Gekidan Inu Curry (Doroinu), pemain di seluruh dunia game juga dapat mengalami segala aksi melalui memori setiap Magical Girl dalam game free-to-play battle RPG ini.

Sinopsis

Kredit: Aniplex

Tempat di mana memori para Magical Girl menerangi kegelapan… “The Lighthouse”.

Kini seorang gadis yang kehilangan segala-galanya telah mengembara ke tempat itu.

Siapakah saya…? Bagaimana saya sampai ke sini…?

Dia akan mengimbau kembali detik-detik penting para Magical Girl yang tidak terkira banyaknya dengan membuka tingkap ke dalam ingatan mereka… Mempercayai dia suatu hari nanti akan menemui cahaya ingatannya yang hilang.

Gameplay Umum

Kredit: Aniplex

Selami dunia Puella Magi Madoka Magica yang dicipta sepenuhnya dalam 3D! Magical Girl dari seluruh siri ini akan muncul semasa anda mengembara melalui pelbagai cerita, termasuk senario daripada anime Puella Magi Madoka Magica dan game mobile Magia Record: Puella Magi Madoka Magica Side Story!

Kredit: Aniplex

Terokai pelbagai Labyrinth menerusi Witch Hunt! Bimbing watak anda melalui Witch Labyrinth berbahaya untuk mengumpul cahaya memori, item dan banyak lagi milik semua Magical Girl! Hadapi cabaran unik dan reka bentuk level yang menghuni bos menggerunkan.

Kredit: Aniplex

Perintah medan perang dengan hanya beberapa sentuhan! Bentukkan pasukan sehingga lima Magical Girl dan gunakan sentuhan mudah untuk membawa mereka ke arus kemenangan! Magical Girl terdiri daripada pelbagai jenis, yang membolehkan anda membentuk pasukan secara strategik.

Ciri-ciri pertempuran termasuk “break system” di mana menggunakan elemen yang betul membolehkan anda menghabiskan break gauge musuh dan menggunakan efek tambahan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Puella Magi Madoka Magica: Magia Exedra
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic X Shadow Generations: Info Baru Tentang Cerita, Watak, Gameplay & Level!

Next Post

Mari Berkenalan Dengan Juara-Juara ‘Pokémon Championships 2023-24 Malaysia’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mari Berkenalan Dengan Juara-Juara ‘Pokémon Championships 2023-24 Malaysia’

Mari Berkenalan Dengan Juara-Juara 'Pokémon Championships 2023-24 Malaysia'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd