Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG tidak lagi “mati” di PC & konsol selepas jadi Free-To-Play, 80 ribu orang tiap hari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
PUBG tidak lagi “mati” di PC & konsol selepas jadi Free-To-Play, 80 ribu orang tiap hari!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak menjadi Free-To-Play pada Januari 2022, PUBG: Battlegrounds kini tidak “mati” lagi dan boleh bersaing game-game F2P percuma lain seperti Halo Infinite dan Call of Duty: Warzone. Kini, kami menerima info daripada Krafton untuk melihat bagaimana sistem F2P memberi kesan kepada game dari segi jumlah pemain dan keuntungan.

Memandangkan ada banyak game lain yang menggunakan model F2P, memang tidak menghairankan untuk mendengar bahawa peralihan sistem PUBG pun amat berjaya daripada segi jumlah orang yang bermain. Dalam laporan hasil terkini daripada Krafton (yang dikongsi minggu lepas), syarikat itu berkata PUBG mempunyai lebih 80,000 pemain harian baharu sejak Januari 2022. Bukan setakat itu sahaja, purata hasil bagi setiap pengguna juga telah meningkat.

Bak kata siaran akhbar:

“PUBG: BATTLEGROUNDS, yang tersedia pada PC dan konsol, baru-baru ini meraikan ulang tahunnya yang kelima. Game itu, yang beralih kepada model perniagaan free-to-play pada Januari 2022, telah menyaksikan aliran kemasukan yang stabil melebihi 80,000 pengguna baharu setiap hari.

Sehubungan itu, purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) merentas semua platform meningkat lebih daripada 20% QoQ. Pasaran antarabangsa (di luar Korea Selatan) memacu 94% daripada hasil game pada Q2 2022.”

Setelah mengalami fasa yang membimbangkan pada beberapa tahun lepas sehingga orang ramai anggap game itu sudah “mati”, saya sangat gembira ramai dapat mencuba semula PUBG yang dahulu dianggap sebagai salah satu game battle royale paling seronok di pasaran.

Selain PUBG PC/konsol, itu bukanlah satu-satunya game dalam francais yang dimiliki oleh Krafton. PUBG Mobile nampaknya masih sangat popular di seluruh di mana Krafton berkata ia “menduduki tempat kedua dalam purata jualan di senarai game mobile global” manakala tempoh dan kekerapan bermain untuk game New State Mobile telah menerima peningkatan yang ketara pada suku ke-2 2022.

Selain itu, Krafton juga menyebut tentang beberapa game akan datang dalam siaran akhbar yang sama. Ini termasuk game RPG adaptasi novel The Bird That Drinks Tears yang baru sahaja memasuki fasa pembangunan dan game survival horror The Callisto Protocol yang mempunyai tarikh keluaran dan dijangka akan dipamerkan di Gamescom. Akhir sekali adalah game baharu daripada studio Unknown Worlds yang juga akan didedahkan di Gamescom.

Untuk segala liputan kami tentang PUBG, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KonsolPCpubgPUBG: Battlegrounds
Previous Post

One Piece FILM: RED – GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022

Next Post

Les’ Copaque dedahkan teaser baru bagi filem Dongeng Sang Kancil

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Les’ Copaque dedahkan teaser baru bagi filem Dongeng Sang Kancil

Les' Copaque dedahkan teaser baru bagi filem Dongeng Sang Kancil

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd