Mula dikeluarkan di versi mobile, PUBG PC akhirnya memperkenalkan Team Deatchmatch sebagai mode terbaru dalam Arcade. Mode ini menjemput pemain untuk bertarung secara 8 vs 8 pada 7 medan pertempuran berbeza yang boleh anda pilih. Pemain juga boleh menggunakan loadout senjata di PUBG Battle Royale untuk bantu pasukan menang.
Antara info penting untuk mode Team Deathmatch PUBG:
- Pertarungan 8 vs 8;
- Hanya mengggunakan FPP;
- Spawn Kit disediakan;
- Buka peta untuk memilih senjata Spawn Kit;
- Pemain akan “respawn“;
- Pemain akan “respawn” selepas 5 saat mati;
- Pemain akan “respawn” berhampiran rakan sekiranya lokasi selamat;
- Pemain akan “imun” buat sementara waktu selepas “respawn“;
- Tiada knockdown;
- Tiada friendly fire;
- Jika tidak menerima damage, HP akan pulih sendiri;
- Pemain tidak boleh “reconnect” semasa di TDM.
Jika satu pasukan mencapai 50 KILL atau KILL paling banyak dalam tempoh masa 10 minit, mereka akan memenangi satu pusingan. Team Deathmatch mempunyai dua pusingan bagi setiap perlawanan.
Berikut adalah peta yang boleh digunakan di Team Deathmatch PUBG PC:
- ERANGEL – Stalber, Sosnovka Military Base
- SANHOK – Paradise Resort, Docks
- VIKENDI – Podvosto, Peshkova
- MIRAMAR – Campo Militar

@gamersantaimy
Discussion about this post