PUBG: New State menjadi salah satu game Battle Royale yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat sejak diumumkan pada bulan Februari lalu. Pada pertengahan bulan Jun lepas, mereka telah melancarkan video trailer mengenai peta TROI yang bakal menjadi medan pertempuran pemain di in-game nanti. Kini, mereka mendedahkan trailer mengenai kenderaan dan mekanisme baru yang digunakan dalam PUBG: New State.
Untuk episod 2, pengarah dan penerbit PUBG: New State, iaitu Brian Corrigan telah memperkenalkan beberapa jenis kenderaan yang boleh dimainkan di game tersebut. Beliau juga menyatakan peta Troi mempunyai kenderaan PUBG klasik yang peminat tahu dan suka. Antara kenderaan baru di game ini seperti Volta, Vulture dan Tram.
Volta
Volta merupakan kenderaan elektrik baru yang menggunakan transmisi elektrik pantas dan mempunyai enjin stealth. Pemain yang menaiki dan memandu Volta mempunyai kelebihan berbanding kenderaan yang menggunakan gas, kerana ia sangat senyap walaupun dipandu dengan laju. Namun, perlu diingatkan kenderaan ini memakan banyak tenaga, terutama apabila menekan boost. Malah, bateri kereta ini akan cepat susut jika anda memandunya dalam Blue Zone.
Vulture
Motor Vulture mempunyai kelajuan yang perlahan, tetapi ia boleh memecut dengan laju apabila pemain menggunakan boost. Apabila pemain menekan boost pada Vulture, ia akan bergerak dengan kelajuan maksimum berbanding motor biasa, tetapi anda perlu sentiasa memerhatikan meter gas-nya kerana ia akan menggunakan minyak yang banyak.
Tram
Tram merupakan kenderaan jenis baru yang ada di game Battlegrounds. Pemain boleh menaiki Tram untuk mendapatkan perlindungan semasa melakukan penyembuhan atau ingin merangka semula strategi. Tram mempunyai reka bentuk dari kereta api masa depan, jadi ianya boleh menjadi benteng dan kenderaan terbaik untuk pemain kerana ia kalis peluru. Pemain boleh bergerak ke bandar dengan selamat selagi tidak ada musuh yang memasuki atau menyerang di pintu keluar.
Drone Shop
https://www.instagram.com/p/CRGi98ADg77/?utm_source=ig_embed&ig_rid=fe6316de-9d96-4b98-8533-135612506c3b
Selain itu, Brian turut memperkenalkan mekanik looting menarik di game, iaitu Drone Shop dimana pemain boleh memesan ammo dan barang baru yang direka bagi memberi kelebihan semasa bertempur. Barangan tersebut akan dihantar menggunakan Drone dan ia bertindak seperti Crate yang boleh menarik perhatian musuh.
Dynemma Vest
Di PUBG: New State, pemain juga boleh mencuba Dyneema Vest, iaitu jaket perisai ringan yang memberikan kelebihan untuk anda bergerak dengan lebih cepat. Namun, vest ini tidak mampu menahan serangan daripada peluru jenis 7.62, 300 dan 12 Gauge. Mungkin anda akan lebih bernasib baik jika berhadapan dengan musuh menggunakan senjata peluru jenis 5.56, 9mm dan .45 acp kerana vest ini sangat kebal.
Custom Kit
Akhir sekali, mekanisme baru yang tidak ada di PUBG klasik ialah Customization Kit, dimana ia menawarkan pelbagai tambahan baru unik untuk senjata pemain. Anda boleh meningkatkan kesan senjata mengikut citarasa gameplay supaya boleh menyerang musuh lebih efektif semasa bertempur. Kit ini didatangkan dalam bentuk Crate, jadi mungkin akan ada pertempuran jika tidak berhati-hati.
Apa pendapat anda mengenai kenderaan dan mekanisme baru yang didedahkan di peta Troi dalam PUBG: New State ini? Mesti anda makin tidak sabar nak tunggu game ini dilancarkan tidak lama lagi. Apa-apa pun, jangan lupa untuk pra-daftar game ini di Google Play Store sekarang!

@gamersantaimy
Discussion about this post