Nampaknya PUBG Mobile hadir dengan kolaborasi B.Duck yang unik! Sebagai sebuah kolaborasi terbaru dalam PUBG Mobile, si itik yang menjadi kegemaran dan popular- B.Duck, kini telah tiba di dalam permainan dan telah bermula lebih dari seminggu berlegar di lautan Erangle, dan penjelajahan dalam peta PUBG Mobile! Bukan setakat gameplay yang baharu, sebaliknya acara dan ganjaran menarik kini menanti pemain PUBG Mobile!
Dalam acara “B.Duck World Tour“, B.Duck yang comel ini akan muncul di lima peta PUBG MOBILE termasuk Erangel, Miranmar, Sanhok, Vikendi dan Livik. Pada setiap peta, pemain akan dijemput untuk mengambil bahagian dan menyelesaikan pelbagai misi, akan dibekalkan dengan 8 token bahan bakar, yang dapat digunakan untuk mengoperasikan B.Duck dan menjelajahi pulau-pulau dari laut. Pemain yang berjaya menyelesaikan misi di satu peta boleh menuntut postcard dan pelbagai hadiah lain. Pemain yang dapat menyelesaikan misi di semua lima peta dapat menerima hadiah eksklusif – Set Common Kid. Semakin jauh B.Duck pergi, pemain lebih pantas akan menerima ganjaran mereka!
Pemain yang sukakan kecomelan tambahan berpeluang mendapatkan item bertema B.Duck, termasuk set B.Duck, B.Duck Helmet, B.Duck Head, B.Duck Parachute, B.Duck Backpack dan B.Duck – senjata DP28 semasa acara Joy Treasure yang akan berlangsung sehingga 22 Mac 2021. Pemain yang mengumpulkan 5,140 Unknown Credits (UC), dapat memperoleh semua ganjaran Joy Treasure dalam bentuk B. Duck Set.
“Kerjasama ini dengan watak terkenal, B.Duck, menunjukkan komitmen kami untuk terus memberikan sensasi baru dan unik untuk komuniti PUBG MOBILE di Malaysia dan di seluruh dunia. Melalui acara B.Duck World Tour dan pelbagai penghargaan tetapnya, kami berharap dapat memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan dan baru ” – Jenny Zhuang, Pengurus Pemasaran PUBG MOBILE.
Jadi jangan lupa untuk bantu B.Duck untuk meneroka semua peta di PUBG Mobile dan menangi semua hadiah bertema B.Duck yang tersangatlah comel! Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara B.Duck World Tour, sila kunjungi media sosial PUBG MOBILE Malaysia di Instagram @pubgmobilemyofficial, Facebook PUBG MOBILE, Twitter @PUBGMOBILE_MY dan YouTube rasmi PUBG Mobile.

@gamersantaimy
Discussion about this post