Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile Campus Championship kembali lagi! Pendaftaran bakal dibuka pada 3 Oktober ini!

safwan by safwan
September 23, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Kejohanan esports, Mobile, Shooter
0 0
0
PUBG Mobile Campus Championship kembali lagi! Pendaftaran bakal dibuka pada 3 Oktober ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada setiap tahun, PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) akan diadakan dan diwakili oleh pasukan terbaik dari setiap universiti di seluruh Malaysia. Dan pada tahun ini, mereka telah membuka pendaftaran untuk setiap pasukan mendaftarkan diri untuk menyertai PUBG Mobile Campus Championship 2022.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai kejohanan ini, anda mestilah merupakan pelajar warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas. Tidak seperti sebelum ini di mana mereka hanya membenarkan semua ahli pasukan berada di universiti sama. Kali ini, anda boleh mengajak kawan yang berlainan universiti dan tubuhkan satu pasukan baharu.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendaftarkan pasukan bagi kedua-dua kejohanan iaitu PMCC dan juga PUBG Mobile Campus Leader (PMCL).

Dalam kejohanan ini, 16 pasukan terbaik yang berjaya mengharungi perlawanan demi perlawanan dalam pusingan Open Qualifier akan bersaing di Grand Final. Bagi yang menjuarai kejohanan ini bukan sahaja membawa pulang sejumlah wang tetapi menempah slot untuk ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) dan secara tidak langsung menjadi kelayakan ke PUBG Mobile Pro League (PMPL).

PMCC dan PMCL akan terbahagi kepada dua kategori iaitu Solo dan Squad. Untuk kategori Solo, mereka akan menggabungkan 6 pemain terbaik untuk membentuk satu pasukan dan sekali gus mara ke peringkat Grand Final.

Berikut adalah pecahan mengikut kategori dan kejohanan:

PMCC Malaysia 2022

  • Squad – 10 pasukan
  • Solo – 2 Pasukan

PMCL Malaysia 2022

  • Squad – 3 pasukan
  • Solo – 1 pasukan

Kalau korang nak tahu PUBG Mobile Campus Leader (PMCL) merupakan inisiatif terbaru dengan memberikan ilmu pengetahuan tentang pengurusan esports secara profesional dan secara tidak langsung berpeluang untuk menjalankan latihan industri bersama Tencent Malaysia.

Pendaftaran bagi kejohanan PMCC akan dibuka bermula 3 hingga 16 Oktober 2022 dan pusingan Open Qualifier akan berlangsung bermula 17 hingga 23 Oktober 2022.

Manakala untuk kejohanan PMCL, pendaftaran telah pun dibuka pada 21 September dan akan ditutup pada 16 Oktober 2022. Kejohanannya pula akan berlangsung dari 3 hingga 9 Oktober 2022.

Kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai kejohanan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) dan PUBG Mobile Campus Leader (PMCL), anda boleh berdaftar melalui pautan di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak liputan terkini mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PUBG Mobile Campus Championship (PMCC)PUBG Mobile Campus Leader (PMCL)
Previous Post

Century: Age of Ashes Akan Hadir ke PS4 dan PS5 Pada 26 September ini! Percuma Untuk Dimainkan!

Next Post

Rebecca Hampir Tidak Wujud Dalam Cyberpunk: Edgerunners! Studio Trigger Kata “Loli itu perlu ada”!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Rebecca Hampir Tidak Wujud Dalam Cyberpunk: Edgerunners! Studio Trigger Kata “Loli itu perlu ada”!

Rebecca Hampir Tidak Wujud Dalam Cyberpunk: Edgerunners! Studio Trigger Kata "Loli itu perlu ada"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd