Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile antara lapan game yang disenaraikan untuk e-sukan Sukan Asia 2022

haziq by haziq
November 9, 2021
in Acara, Kejohanan esports, Online Game
0 0
0
PUBG Mobile antara lapan game yang disenaraikan untuk e-sukan Sukan Asia 2022
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile antara lapan game disenaraikan untuk sukan elektronik (e-sukan) Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di  Hangzhou, China pada 10 hingga 25 September 2022. Ini merupakan kali pertama e-sukan diiktiraf sebagai sukan yang menawarkan pingat dalam kejohanan ini.

Menurut Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF), sebanyak lapan e-sukan akan membuat penampilan sulung sebagai sukan yang menawarkan pingat secara rasmi pada Sukan Asia Hangzhou.

“Berita ini bukan hanya penting dalam menyumbang ke arah persiapan akhir untuk temasya itu, ia juga memainkan peranan besar dalam memastikan AESF mewujudkan dan memperkenalkan sistem dengan gelaran acara e-sukan dipilih untuk acara Olimpik berdasarkan kriteria dan syarat tertentu untuk dipatuhi dengan Nilai Olimpik,”  jelas AESF.

Getting started with Dota 2 esports: Gameplay, map, roles, tournaments, and  more- Technology News, Firstpost

Berikut merupakan senarai e-sukan yang bakal dipertandingkan:

RelatedPosts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

BABYMETAL World Tour 2025-2026 Bakal Singgah Di Malaysia!

HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

  • Arena of Valor (versi Sukan Asia)
  • Dota 2
  • Dream Three Kingdoms 2
  • Hearthstone
  • League of Legends
  • PUBG Mobile (versi Sukan Asia)
  • Street Fighter V

Arena of Valor dan PUBG Mobile versi Sukan Asia boleh menjadi versi Cina bagi permainan ini.

Arena Of Valor: 3 Tips To Get The Most From This Free MOBA

Tambahan lagi, dua sukan demonstrasi (pingat tidak dikira secara rasmi) juga akan dipertandingkan. Mereka adalah seperti berikut:

  • AESF Robot Masters
  • AESF VR Sports 
FIFA 22 heroes guide | PC Gamer

Ketua Pengarah Olimpik Asia, Husain Al-Musallam berharap dapat terus bekerjasama dengan AESF bagi memastikan kejayaan pelaksanaan acara e-sukan itu pada Sukan Asia 2022.

“Kami berharap pengumuman ini membolehkan semua pasukan yang mengambil bahagian mempunyai masa yang mencukupi untuk berlatih menjelang peringkat kelayakan. Saya percaya kami telah bersedia untuk memastikan tahap persaingan yang tinggi dan menjanjikan tontonan hebat untuk para peminat”, katanya.

Sebelum ini, pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang lepas, enam e-sukan telah dimainkan sebagai sukan demostrasi iaitu Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Pro Evolution Soccer dan StarCraft II .

Other Sports: Prof trumps the pros | The Star

E-sukan buat pertama kali dipertandingkan sebagai acara yang ditawarkan pingat pada Sukan SEA Filipina 2019 yang menampilkan enam pingat emas. Malaysia memenangi emas dalam acara Hearthstone menerusi Dr Yew Weng Kean.

Untuk banyak lagi berita berkaitan game, boleh melayari web kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E-SukanKonsolmobile gamePCSukan Asia 2022
Previous Post

Prestasi Terperinci Elden Ring untuk PC, PlayStation dan Xbox Didedahkan

Next Post

Netflix dedahkan barisan pelakon untuk Live Action ONE PIECE!

haziq

haziq

Minat yang mendalam terhadap game dan anime hingga membuatkan menjadi wartawan gaming. Bermain game dari zaman belajar sehingga kini. Bermain dalam semua jenis MOBA dan Gacha game.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
BABYMETAL World Tour 2025-2026 Bakal Singgah Di Malaysia!
Konsert

BABYMETAL World Tour 2025-2026 Bakal Singgah Di Malaysia!

May 28, 2025
HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025
Acara

HoYo FEST 2025 Malaysia Umum Butiran Aktiviti, Jualan Tiket Bermula Jun 2025

May 28, 2025
Next Post
Netflix dedahkan barisan pelakon untuk Live Action ONE PIECE!

Netflix dedahkan barisan pelakon untuk Live Action ONE PIECE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd