Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile akan hadir dengan Mod Operasi Askar terbaru? Satu lagi pembocoran maklumat yang hangat ni!

Pembocoran Kemaskini Mobile PUBG Memperkenalkan Mod Operasi Askar Baru

Nyny.A by Nyny.A
December 9, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile akan hadir dengan Mod Operasi Askar terbaru? Satu lagi pembocoran maklumat yang hangat ni!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile, semua peminat sudah tahu bahawa permainan battle royale yang tersangatlah popular ini tidak akan berdiam diri, dan kemungkinan besar kesemua kebocoran maklumat yang hadir benar-benar akan datang! Seperti Rage Gear, mod terbaru yang akan hadir 11 Disember ini telh pun pasti, tetapi bukan menganai itu, malah sebuah mod terbaru bernama Operasi Askar ‘Soldier Operation’ kemungkinan bakal hadir di PUBG Mobile!

Mod Soldier Operation ini akan ditambah dalam mod battle royale biasa tetapi ditambah dengan skil-skil operator yang hebat dan boleh didapati didalam kotak crate dalam permainan. Menggunakan skil ini juga memerlukan pemain untuk mengumpulkan beberapa bahan untuk dijadikan skil melalui skill machine. Terdapat juga tambahan seperti suara terbaru didalam permainan, logo terbaru Tencent, tema musim sejuk dan banyak lagi!

Di bawah ini merupakan Skil yang dikatakan boleh gunakan didalam PUBG Mobile.

Deployable Shield

Sesiapa yang bermain Call of Duty Mobile pasti dah biasa menggunakan Transform Shield yang tersedia untuk Operator Skill betul tidak? Kali ini, kemungkinan besar kita dapat melihatnya didalam PUBG Mobile juga! Shield ini akan melindungi pemain dari ditembak pihak lawan. Tetapi masih tiada info selebihnya untuk dikongsikan buat masa ini sama ada ianya akan ada masa yang ditentukan untuk keluar atau bila-bila masa boleh digunakan.

Jumper And Healing

Lepas ni para cheater atau hacker tak perlumengada-ngada nak cheat lompat tinggi lagi! Sebab dalam kemaskini yang terbocor ini kemungkinan besar pemain dapat melompat lebih tinggi dan digelar Jumper. Juga satu kesan sembuhan terbaru kepada rakan anda hanya menggunakan satu senjata yang mengeluarkan kesan ini.

Speed Booster

Skil ini dapat meningkatkan kelajuan gerakan anda untuk beberapa saat. Kemungkinan sama seperti Deployable skil ini mempunyai masa tertentu ‘cooldown’. Masanya dalam sekitar 30 saat. Skil ini mungkin sangat berkesan untuk melarikan diri dari pihak lawan atau lari dari zon biru yang membawa maut itu kerana masa yang sangat singkat untuk kegunaanya.

Graple Hook

Yang seterusnya merupakan Graple Hook, jadi anda yang rasa nak jadi Ninja atau pun pendaki gunung yang pro, bolehla menggunakan skil ini! Graple Hook ini membenarkan pemain melompat dari dinding ke dinding dengan cekaman graple yang dimiliki pemain. Untuk skil ini turut ada masa cooldownya dan kemungkinan dalam 10 saat.

Manufacturing Table

Yang ini merupakan skil sokongan, dimana anda boleh membuka Manfacturing Table ini untuk membuat/mengupgrade Armor serta Helmet level 3 yang pemain sedang pakai. Tetapi waktu menggunakan skil ini, pastikan anda dikawasan yang selamat dari pihak musuh atau tidak anda pasti akan terkena tembakan dari pihak musuh!

Jadi berterima kasih pada Youtube LuckyMan untuk mengongsikan pembocoran maklumat ini. Andai kata ianya benar-benar hadir, sudah pastinya ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan pemain untuk mencuba sesuatu yang baru!

Sumber: Gamebrott

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pubg mobilePUBG Mobile LeakPUBG Mobile LeaksPUBG Mobile Operasi AskarPUBG Mobile Soldier Operation
Previous Post

Pre-register sekarang untuk game mobile anime terbaru, Black Clover Phantom Knights!

Next Post

[GIVEAWAY] Jadi seperti JEDI dengan bomber jacket rasmi Star Wars Jedi: Fallen Order! Sertai sekarang!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[GIVEAWAY] Jadi seperti JEDI dengan bomber jacket rasmi Star Wars Jedi: Fallen Order! Sertai sekarang!

[GIVEAWAY] Jadi seperti JEDI dengan bomber jacket rasmi Star Wars Jedi: Fallen Order! Sertai sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd