Update PUBG Mobile 0.12.0 sekarang di dalam beta. Bersamanya, muncul lah pelbagai features baru untuk game ini. Daripada mode baru Darkest Night hingga ke Companion System yang membenarkan pemain membawa Companion di dalam perlawanan untuk dapatkan item cosmetic. Selain itu, update PUBG Mobile 0.12.0 juga membawa liquid nitrogen grenade, zombie melompat dan zombie anjing, dan menu baru MugenSpace/Infinity yang menggantikan mode Events. Anda boleh lihat update ini di Android dan iOS sekarang. Saiz download untuk update PUBG Mobile 0.12.0 ialah 1.8GB di Android. Di bawah adalah patch notes penuh:
- Feature baru: MugenSpace/Infinity.
- Menggantikan Event Mode.
- Survive Till Dawn di bawah Expansions.
- Lebih banyak mode baru akan ditambah pada masa akan datang.
- New Infinity Mode: Darkest Night
- Bertahan hidup untuk satu malam sambil melawan zombie. Pasukan yang masih hidup hingga subuh akan menang.
- New Feature: Companion System.
- Bawa Conpanion di dalam perlawanan. Musuh tidak boleh melihat Companion, jadi tiada risiko untuk posisi didedahkan. Dapatkan Companion EXP dengan membawa mereka ke dalam perlawanan, dan level-up kan mereka untuk membuka emote Companion.
- Penambah baikan di Survive Till Dawn.
- Stun Grenade juga boleh stun zombie. Selain itu, menambah Liquid Nitrogen Grenade untuk membekukan musuh dan mengurangkan movement speed mereka. Di samping itu, menambah zombile melompat dan zombie anjing. Beberapa zombie kini boleh memanjat dinding yang rendah atau bumbung. RPG-7 dan Jungle Style Magazine juga ditambah. Flamethrower melakukan lebih banyak damage daripada sebelum. Handling untuk M134 di-tune kan dan zombie bergerak dengan lebih perlahan selepas ditembak.
- Bug Fix.
- Membetulkan bug di mana rambut tidak ditonjol dengan betul selepas memakai beberapa headgear tertentu, membetulkan bug di mana seluar Season 6 akan meimbulkan graphic glitch pada footgear tertentu, membetulkan bug di mana pintu tidak tonjol dengan betul, dan membetulkan bug di mana pemain akan tersekat di bangunan pada beberapa kawasan tertentu.
https://www.youtube.com/watch?v=rSFSsNXhr3w
Jadi harap anda semua maklum!
Sumber – Youtube//Izzo
@gamersantaimy
Discussion about this post