Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Lite ditutup bermula 29 April ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 1, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Multiplayer, Platform
0 0
0
PUBG Lite ditutup bermula 29 April ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita amat menyedihkan untuk pemain PUBG Lite, kerana permainan ini akan dihentikan bermula pada 29 April. Permainan battle royale popular dari PUBG Corp ini dilancarkan pada tahun 2019, ianya menawarkan peluang kepada pemain dengan peranti spesifikasi rendah untuk menikmati permainan PUBG dengan pengurangan detail grafik. Walaupun spesifikasi permainan ini lebih rendah, PUBG Lite masih mampu menyediakan pakej lengkap seperti PUBG asal.

Permainan battle royale ini juga terdapat di versi konsol PlayStation dan Xbox bagi menampung pemain selain dari pemain PUBG PC. Manakala PUBG Mobile pula telah berjaya mencapai satu bilion muat turun baru-baru ini. Ianya juga tersenarai dalam lima permainan mudah alih yang melebihi pendapatan $1billion pada tahun 2020. Namun, hanya versi Lite francais ini dilihat tidak begitu baik di pasaran permainan video.

Dalam catatan blog di laman web rasmi PUBG Lite, Krafton selaku penerbit telah mengeluarkan notis yang memfokuskan pada penutupan permainan ini. Sokongan pemain untuk PUBG Lite berakhir pada 29 Mac, dan menutup laman web permainan ini pada 30 Mac. Ianya langkah untuk memastikan tajuk ini tidak lagi boleh dimuat turun pemain. Tarikh tutup PUBG Lite dijadualkan pada 29 April. Kenyataan Krafton tidak menyebut mengenai sebab penutupan perkhidmatan, tetapi menyatakan keputusan itu tidak mudah.

“Sayangnya, kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menutup perkhidmatan ini setelah banyak pertimbangan dan waktunya telah tiba untuk perjalanan kami berakhir. Kami dengan sedih memberitahu bahawa perkhidmatan PUBG LITE dijadualkan berakhir pada 29 April 2021.” Kata penerbit.

Keputusan Krafton ini dibuat kerana permainan tersebut semakin kurang kerana sebab tertentu. Oleh kerana syarikat itu belum memberikan alasan bagi penutupan itu, masih belum diketahui apakah sebab langkah ini dibuat.

PlayerUnknown Battleground masih lagi menjadi permainan fenomena dan kemaskini utama untuk pengalaman bermain terus menurun. Tambahan terbaru kemaskini 11.1 dikeluarkan minggu lalu, memperkenalkan ciri Emergency Pickup seperti Fulton Balloon dalam Metal Gear Solid V.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KRAFTONpubgPUBG Lite
Previous Post

Among Us akhirnya menambah peta baru ‘The Airship’ dalam permainan!

Next Post

Vive le Football sebuah permainan Ultra-Realistik akan datang oleh NetEase!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Vive le Football sebuah permainan Ultra-Realistik akan datang oleh NetEase!

Vive le Football sebuah permainan Ultra-Realistik akan datang oleh NetEase!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd